Menangi Tender Kerajaan Malaysia Ikut Prosedur Yang Betul

Untuk tahu dan mahir selok-belok perolehan kerajaan memerlukan masa yang panjang dan untuk memenanginya adalah satu cabaran yang agak besar. Anda perlu mengharungi pelbagai cabaran untuk menjadi mahir. Tetapi, dengan panduan yang di berikan dan tips personal yang di ajarkan adalah jalan pintas untuk anda mahir dengan segala peraturan dan selok-belok untuk memenangi perolehan kerajaan.

Untuk menjadikan anda dan syarikat anda,  mahir dalam menyertai perolehan kerajaan ia adalah memakan masa, untuk menang sesuatu perolehan adalah satu perolehan adalah sesuatu yang amat diperlukan untuk terus maju dan kekal bersaing. Bagaimana untuk menang? Anda  perlukan masa yang panjang untuk belajar dan memahami segala peraturan dan syarat serta apa yang diperlukan oleh kerajaan dalam sesebuah perolehan sama ada secara pembelian terus, sebutharga atau tender.

Saya berikan anda kemudahan dan jalan singkat di mana anda walaupun baru bermula dalam bidang ini mempunyai peluang untuk menang. Saya kongsikan segala tips disebalik perolehan kerajaan dan ajarkan anda segala peraturan dan syarat yang diperlukan. Saya juga berikan tips yang anda tidak akan dapat dimana-mana melainkan melalui bertahun-tahun pengalaman dalam menguruskan perolehan kerajaan.

Tipsnya adalah berikan nilai tambah kepada produk atau servis yang diminta oleh jabatan. Contohnya jika anda memberikan servis cetakan, anda boleh memberikan jumlah yang lebih sedikit sebagai value added atau jadikan cetakan dalam bentuk ebook. Jika membekal produk pejabat, anda boleh menambah sedikit mana-mana produk seperti kertas A4 atau alat tulis yang tidak merugikan anda malah akan memberi keuntungkan dan kelebihan kepada syarikat anda dalam jangka masa panjang.

Kali ini saya kongsikan tips di mana untuk anda mendapatkan iklan dan peluang memasuki sebut harga atau tender:

Pertama anda boleh dapatkan iklan di akhbar-akhbar utama.

Kedua di laman web jabatan atau agensi kerajaan,

Ketiga anda boleh pergi sendiri ke jabatan atau agensi kerajaan dan melihat iklan tawaran sebut harga dan tender di papan kenyataan Jabatan dan Agensi.

Keempat anda boleh terus menghubungi bahagian yang menguruskan sebut harga atau tender untuk bertanyakan tentang sebut harga atau tender yang mereka telah atau akan iklankan.

Kelima mereka yang akan menghubungi anda dan mahu syarikat anda menyertai sebut harga mereka, untuk mencapai ketahap ini anda perlu mempunyai hubungan yang baik dan telah menunjukkan kualiti kerja yang terbaik kepada Jabatan atau Agensi tersebut.
Nantikan ebook lengkap yang berkongsi pelbagai tips dan rahsia dalam menyertai kontrak kerajaan dan bagaimana untuk anda bermula.

Dapatkan maklumat dari orang dalam, kawan saya Khairul Nizam Bakar telah hasilkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Beliau berkongsi rahsia membina perniagaan dan memenangi kontrak kerajaan dalam ebook ini.

Untuk melakukan bisnes dengan kerajaan sebenarnya anda tidak perlukan modal.

Bagaimana caranya?

Salah satu caranya adalah apabila anda sudah memperolehi atau memenangi sebuah sebutharga atau tender, adalah dengan meminta kredit dari pembekal. Cara ini akan lebih
mudah jika anda telah menjalinkan hubungan yang baik dan membina kepercayaan dengan pembekal-pembekal anda.

Saya akan kongsikan banyak lagi tips yang perlu anda ketahui. Ilmu ini sangat penting jika anda mahu menembusi pasaran di sektor kerajaan.

Klik sini – Menangi Tender Kerajaan Malaysia Ikut Prosedur Yang Betul

Hits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge