Mengajar anak mengaji Quran bersama dirumah ambil kesempatan masa terluang tempoh PKP dan Ramadan yang menghampiri

Sedar tak sedar terdapat hikmah tersembunyi disebalik wabak Covid-19 yang melanda. Semua aktiviti yang formal menjadi tergendala dan hampir kesemua orang menjalani perintah kawalan pergerakan di mana kebanyakan masa tinggal di rumah sahaja.

Jika sebelum ini kita kan sibuk dengan urusan kerja dan pejabat hingga terhadnya masa berkualiti bersama keluarga dan anal-anak. Tetiba dengan situasi yang tak dijangka dalam tempoh ini secara drastik kita ada masa yang lebih bersama keluarga yang boleh di buat tidak sepertimana sebelum ini yang sibuk dan lepas tu penat nak berehat pula bila sampai dirumah.

Jadi banyak urusan yang diserahkan pada orang lain namun sekarang inilah masanya kita boleh cuba buat sesuatu yang sebelum ini tak sempat nak buat. Antaranya:

  1. Sembahyang berjemaah di dalam rumah sendiri
  2. Mengajar anak mengaji sendiri dan membaca Quran bersama
  3. Memastikan anak-anak terus belajar silibus yang sepatutnya
  4. Menyediakan makanan setiap kali waktu makan
  5. Membasuh pakaian setiap hari
  6. Dan banyak lagi …

Berbincang pasal mengaji ni dalam hal nak mengajar anak sendiri atau orang lain secara amnya kadangkala kita pun rasa tidak konfiden. Waktu PKP ni eloknya buang jauh perasaan tersebut sebab jika tidak siapa lagi nak harapkan melainkan ibubapa sendiri yang ajar anak ngaji di rumah.

Berita baiknya banyak je sumber yang kita boleh tanya samada kawan-kawan ustaz atau gunakanlah teknologi canggih yang kita ada di zaman 2020 ni. Antaranya:

  1. Laman web Quran
  2. Youtube Quran
  3. Apps smartfon Quran
  4. Pen Quran

Apa yang menariknya dengan Pen Quran ialah kita menggunakan Quran sebenar untuk mengajar dan belajar berbanding dengan teknologi lain samada menggunakan komputer atau smartfon.

Pen Quran agak praktikal takde nak skrol atas bawah kiri kanan dan sebagainya. Untuk ketahui bacaan hanya tunjuk sahaja di bahagian mana ayat yang kita nak tahu sebutan dan lagunya serta panjang pendek sebutan.

Jadi tak ada lagi alasan untuk tidak ajar anak sendiri malah kita sendiri pun akan lebih konfiden dan dapat mantapkan ilmu bacaan Quran untuk diri sendiri atau untuk ajar anak ngaji.

Baca: Alat bantuan belajar mengaji Pen Quran

Hits: 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge