Mengapa kita nak kena beli emas?

Perempuan beli emas biasa.

Mereka beli emas dalam bentuk barang kemas.

Jarang lelaki beli emas dan buat tidak kisah.

Jika nak tahu penting ke emas ni kita kena belajar sejarah.

Sebab selalunya sejarah berulang.

So apa kaitan sejarah dan emas.

Jika mengikut sejarah emas digunakan sebagai matawang.

Secara sedikit demi sedikit lama kelamaan sekeping kertas digunakan sebagai ganti kepada emas.

Kononnya kertas ini adalah sebagai resit kepada emas yang tersimpan dan diwakili dengan kertas.

Sehinggalah kini ramai yang tak sedar tentang peranan emas dan menganggap kertas adalah wang.

Masalah dengan wang kertas ialah ianya boleh dimanipulasi.

Contoh?

Simpanan kita cuma ada emas yang berharga RM3k.

Tapi wang kertas dicetak sehingga RM30k.

Jadi nilai wang kertas kita adalah rendah.

Sebenarnya untuk memperbanyakkan wang ialah dengan menambah simpanan emas kita.

Apabila kita mencetak wang lebih banyak dari yang sepatutnya ini akan menjatuhkan nilai wang kita.

Lagi satu perbezaan yang jelas ketara ialah nilai wang akan susut dalam masa yang panjang manakala nilai emas terus menaik ibarat buat trust fund.

Sama juga macam nilai rumah, harga terus naik dan naik.

Macam tu juga emas.

Jadi sekiranya kita ada wang, samada kita simpan di Tabung Haji atau Trust Fund Islamik atau kita juga boleh beli emas sebagai simpanan.

Simpanan ini perlu kerana ia bukan simpanan biasa sepertimana di bank tetapi ialah simpanan dalam bentuk mengekalkan nilainya agar tidak susut dengan pergerakan masa.

Tambahan pula ada Hadis Nabi s.a.w. yang memberitahu akan sampai satu masa emas akan diguna semula untuk urusan jual beli kerana yang lain-lain tiada nilai cumalah sekeping kertas.

Dalam zaman yang serba canggih, manusia dilalaikan dengan matawang kertas sehinggalah satu kuasa blok ekonomi gergasi akan menolak penggunaan kertas dan beralih kepada emas.

Masanya akan sampai juga, perlu percaya kerana ia telah disebut oleh Nabi s.a.w. cuma tidak pasti bila masanya. Oleh itu persediaannya adalah bermula harini.

Emas boleh diwarisi kepada anak cucu dan boleh dijadikan simpanan yang boleh digunakan, dijual atau ditebus di waktu kecemasan.

Nak tahu lanjut tentang emas?

Klik sini——> PELABURAN SEBENAR EMAS UNTUK BINA KEKAYAAN

Hits: 1

This entry was posted in investment and tagged , , , by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge