Minat Menulis?

Sharing is caring

Sejujurnya saya tak minat menulis. Tapi saya tatap menulis. Kenapa yea begitu? Sebabnya jika kita tidak tanamkan minat menulis sampai bila pun artikel ini tak akan di terbitkan di blog ni.

Ahaa.. ada dapat sesuatu ke.

Dalam apa jua perkara pun jika tidak ditanamkan, tidak dipaksa, tidak disuburkan semangat itu maka kita tak akan buat. Satu contoh lagi membaca. Dikatakan sudah tak ramai remaja suka membaca menjadikan mereka kehausan idea bila nak buat karangan sewaktu dalam kelas bahasa. Walhal mereka sebenarnya membaca banyak pada bahan bukan ilmiah.

Menulis juga begitu. Betapa ramainya umat yang menulis di laman sosial. Uih lihat sahaja di Facebook sudah cukup siap dengan komen berjela-jela semuanya malah sudah ada yang kerjanya memang update status satu hari entah berapa kali kerana tugasannya untuk mempromosikan bisnes samada produk atau servis perkhidmatan.

Jadi menulis ini sudah sebati sebenarnya dalam masyarakat kita cuma samada kita nak sedar atau tidak sahaja. Bagi yang kata ada masalah untuk menulis jadi saya beritahu buanglah jauh-jauh apa jua alasan. Jika nak menulis maka mulalah menulis. Mudah je tu!

Apabila nak menulis akan ada sekurang-kurangnya dua keadaan samada waktu hendak menulis itu ada idea ataupun tidak.

Keadaan pertama, sewaktu timbul idea tanpa disangka-sangka pada masa itu hendaklah kita cepat-cepat mencatat idea tersebut supaya kita tak terlupa masa nak tulis sepenuhnya nanti kecuali jika merajinkan diri terus on komputer dan mulakan penulisan dengan penuh khusyuk. Ada masa kita pun ada rasa malas waktu idea sampai jadi eloklah buat nota pendek je dan simpan dalam poket dulu. Cuma keburukannya ialah feel nya masa turun idea tu berbeza nanti dengan feel yang terasa masa nak menulis. Kadangkala bila feel yang sama tak muncul waktu menulis walaupun ada idea sebabkan artikel tu tak dapat disempurnakan kerana kehilangan punca dan jika kerja siap pun bila baca artikel semula kita akan rasa ada yang tak kena.

BACA:  Nak jual produk online kuruskan badan ayat iklan mestilah power

Walauapapun jangan lemah semangat dan padamkan penulisan kononnya tak ada kualiti. Seeloknya biarkan dan move on untuk tulis artikel yang lain. Ada sesetengah orang dia tak perasan jadi ala-ala perfectionist akhirnya satu kerja pun tak siap. Jadi kita jangan jadi macam ini. Teruskan aje menulis artikel demi artikel. Bila kita baca semula artikel yang lama-lama, pasti terasa berbaloi usaha menulis yang kita usahakan.

Dalam keadaan kedua pula dimana kita nak menulis tetapi idea tak datang-datang. Dalam keadaan yang macam ini juga janganlah kita putus asa tanpa buat apa-apa. Cuba fikirkan struktur artikel dan kisah apa nak tulis. Dah dapat topik mulakan aje terus tulis apa yang nak di tulis. Tulis apa sahaja kemudian baru edit dan susu semula. Otak manusia ni unik jadi hjangan sia-siakan. Boleh saja rujuk di internet apa point point yang boleh masuk dalam artikel kita. Susunkan. Fikirkan intro, masukkan isi dan akhirkan ujudkan kesimpulan. Memang boleh buat jika kita teruskan mula menulis. Jangan termenung dulu. Tulis dulu bila tersekat termenung jap fikirkan poin dan teruskan menulis. Pasti siap. Tapi kalau termenung dulu tunggu nak cukup poin dan sempurna baru nak tulis memang kerja tu tak akan siap punya.

BACA:  Ayat Promosi Kuih Raya Mesti Sentuh Emosi

Jadi kesimpulannya jika minat menulis jangan tunggu minat datang baru nak tulis. Tulis tulis tulis sampai minat tu datang sendiri. Ini yang orang banyak salah faham. Macam tu juga perkara yang lain. Sebab tu orang berjaya dia boleh berjaya kerana dia boleh mendorong diri sendiri ke arah yang dia hendak.

Dengar macam pelik bukan tapi itulah hakikatnya, Sewaktu saya menulis ni saya cuma ada tajuk sahaja. Kemudian saya fikir poin-poin yang ringkas sahaja dan terus push menulis letak target nak cukupkan 600 patah perkataan dulu. Poin yang ada saya kembangkan sepenuhnya bagi nak cukupkan perkataan kemudian dengan bayangan dan pengalaman saya tambah lagi penerangan supaya perkara yang nak ditulis tu lebih jelas lagi.

Akhirnya tercapai juga target. Jadi konsep yang sama jika ada rasa minat menulis terapkan dan paksakan diri jangan kata minat menulis tapi tak buat apa-apa atau bagi alasan tak tahu apa nak tulis.

Teruskan tanamkan minat agar bersungguh-sungguh minat menulis.

MAHU AYAT PROMOSI YANG MENARIK UNTUK MENJUAL?

DAH SAH-SAH NAK MENIAGA DI FACEBOOK GUNA LAH AYAT PROMOSI YANG MAMPU MEMIKAT PELANGGAN BARU LAH ORANG AKAN TERTARIK

BERMINAT NAK TAHU AYAT MENARIK UNTUK MENJUAL DI FACEBOOK?

>> PERCUMA JER DAPATKAN TEMPLATE AYAT JUALAN YANG MENARIK UNTUK BUAT PROMOSI DI FACEBOOK! <<

Hits: 26

3 thoughts on “Minat Menulis?”

Leave a Comment

CommentLuv badge