hartanah pelaburan

Nak beli rumah dengan harga murah dari biasa?

Sharing is caring

Kos hidup makin tinggi.

 

Harga rumah juga makin naik mencanak.

 

Tapi gaji tidaklah naik sebanyak sehingga mampu membeli rumah yang mahal.

Dengarnya graduan muda ramai yang mengeluh.

 

Harga rumah rata-rata umumnya di Lembah Klang dah mencapai setengah juta!

 

MasyaAllah…begitulah keadaannya sekarang.

 

Siapalah yang menentukan harga rumah ini mencanak-canak naik tanpa kawalan.

 

Yang hairannya habis pulak rumah tu di booking.

 

Itulah kerja-kerja broker hartanah membeli untuk pelaburan.

 

Beli untuk di jual semula dengan harga yang lebih tinggi.

 

Mereka tiada niat untuk duduk di rumah ini kerana rumah diaorang pun dah banyak.

Baca:  Potensi hartanah lelong bank

 

Manipulasi inilah yang sebabkan harga rumah menaik kerana kununnya kerana pasaran yang menentukan.

 

Dalam ruang sempit ini tahukah anda masih berpeluang untuk membeli rumah dengan harga yang lebih rendah?

 

Ya, masih ada caranya. Iaitu dengan membeli rumah lelong!!!

 

RUMAH LELONG yang sah dilelong oleh bank.

Tahukah anda setiap hari ada sahaja rumah yang di lelong oleh bank dengan harga rendah dan diiklankan di suratkhabar tapi jarang dari kita yang ambil peduli.

 

Inilah masanya bagi mereka yang nak jimat dan mempunyai kemampuan kewangan terhad.

 

Tapi sebelum itu!

 

Anda mesti tahu selok belok membeli rumah lelong ini agar anda tidak ditipu oleh agen (ulat-ulat hartanah).

Baca:  10 faedah sedekah yang anda mungkin belum tahu

 

Lebih elok sekiranya anda sendiri ada sedikit sebanyak latarbelakang pengetahuan tentang rumah lelong bank ini atau sekiranya anda memang ada kawan yang mahir adalah lebih baik. Elakkan dari menyerah bulat-bulat urusan kepada agen.

 

Saya syorkan anda dapatkan khidmat nasihat dari yang lebih tahu dan buat perancangan langkah demi langkah dengan teratur.

 

Rumah Lelong Bank Murah dari harga biasa bukanlah satu perkara yang mustahil.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 5

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge