Nak buat ayat iklan pemasaran facebook mesti faham kehendak pelanggan terlebih dahulu

Selalunya bila nak jual, kita akan kata seperti berikut:

Jual, jual, jual

Murah, murah, murah

Tiada salahnya ayat iklan sebegini kecuali jika anda menjual di pasar malam sebab nak tarik perhatian orang ramai yang lalu lalang.

Tetapi untuk menjual di facebook, kita perlu tapis hanya untuk mereka yang minat.

Dan kita hanya ada 3 hingga 5 saat sahaja untuk tarik perhatian orang.

Bayangkan.

Anda buka facebook dan scroll newsfeed dari atas ke bawah,

BACA:  Nak buat iklan kat Facebook tapi tak pandai nak tulis?!

Jarang kita nak baca satu satu.

Apa yang kita buat ialah scan sahaja. Hanya bila ada berita menarik yang berkaitan dengan diri kita barulah kita berhenti sekejap dan baca.

Lepas tu scan semula sampai ke bawah.

Untuk buat pemasaran di facebook bagi menarik perhatian orang lain, kita samada gunakan gambar yang menarik atau boleh juga gunakan ayat iklan yang power atau kombinasi keduanya.

BACA:  Anda pendiam terasa sukar nak buat promosi?

Walaupun begitu ianya ada cara yang tertentu dan jangan dibuat secara  sambil lewa.

Kaji dahulu kekuatan produk kita, apa benefit yang boleh orang lain dapat dari kelebihan produk yang kita ada.

Dengan lain kata letakkan diri kita dalam posisi bakal pelanggan produk kita.

Dengan cara ini barulah kita boleh cipta ayat iklan yang memahami perasaan dan kehendak pelanggan.

BACA:  Bagaimana nak isi akaun bank anda dengan tanpa modal malah terima duit dari orang lain?

BILA RAMAI FOLLOWER IKUT, LEBIH RAMAI ORANG NAMPAK PRODUK ANDA DI FB!

NAK TARIK LEBIH RAMAI FOLLOWER AGAR LIKES DAN KOMEN POST PRODUK ANDA?

>> DOWNLOAD CONTOH AYAT POSTING PRODUK MENARIK PERHATIAN ORANG! <<

Iklan yang menyentuh emosi pasti akan menarik perhatian prospek yang berminat.

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: