Ini formula sebenar nak kurus tanpa diet yang tak menyiksakan perut dan badan

Inilah Teknik Malas Bagaimana Seorang Budak Gemuk Hilang 20kg Dalam Masa 5 Bulan.

Hi! Nama saya Nazrin Nasser, saya telah berjaya menghilangkan 25Kg berat badan saya dalam masa 5 Bulan.

Namun begitu, sebelum saya menjumpai “Formula Untuk Kurus”, saya telah mengambil masa hampir 2 tahun untuk berusaha menguruskan berat badan saya!

Suatu ketika dulu, saya terlalu fokus kepada kaedah “diet” tidak makan atau tidak menentu waktu makan dalam sehari dan berakhir dengan makan terlalu banyak untuk beberapa hidangan seterusnya. Saya terlalu fokus kepada jogging 1 ke 2 jam semata-mata sehingga saya terlepas pandang teknik senaman lain yang dapat bakar lemak lebih cepat dan mudah.

Bagaimana saya selesaikan masalah ini dengan mudah?

Setelah saya menemui “Formula Kurus” yang sebenar, saya akan sentiasa makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang (bersederhana dan disiplin waktu makan). Saya juga mengamalkan teknik high intensity cardio training & weight training dalam masa yang singkat. Ini adalah hasil yang saya dapat dengan mengamalkan teknik yang betul:

1) Turun 3 ke 5 kg sebulan konsisten (Jumlah penurunan 25kg 5 bulan)

2) Ukur lilit pinggang turun sebanyak 9 inci (48″ ke 39″)

3) Kadar penurunan lemak badan sebanyak 9% (38% ke 29%)

Kalau dulu orang kata susah mahu turun berat badan dan mesti ada ubat/supplement, tapi sebenarnya tidak. Supplemen adalah faktor mempercepatkan proses dan bukan semestinya berkesan. Ini apa yang anda boleh cuba:

1) Pemakanan seimbang (karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, fiber)

2) Senaman berkala (beberapa minit setiap sesi 3 ke 5 kali dalam seminggu).

Baca lanjut di: Klikjer.com

Hits: 35

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge