Nak niaga barang dari China bagaimana caranya ?

Bukan senang nak senang. Ia tak semudah membeli dan jual.

Tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu, anda mungkin akan menanggung kerugian beribu ringgit.

China adalah ibarat gula. Banyak semut yang datang jadi biarlah kita menjadi semut yang bijak memilih gula yang terbaik untuk diniagakan. Jangan pilih sebarang gula takut gula tiruan pula yang diborong.

Saya percaya ramai yang berimpian untuk ke China tapi belum kesampaian kerana belum sampai masa yang sesuai, bajet yang terhad, yang paling bahaya ialah ramai yang takut TERTIPU! Sebabnya bila kita tertipu, habis leburlah modal silap-silap tersadai bangkrap.

Kini telah ada satu peluang baru dimana kita boleh memborong secara online TAPI mestilah dengan pengetahuan yang mendalam. Jangan beli sebarang beli. Beli hanya produk yang ada permintaan serta berbaloi dengan mendapat harga borong yang murah. Semuanya boleh diruruskan secara online jika tahu caranya yang betul.

Memborong barang yang salah pasti hangus modal anda sebab produk tiada permintaan. Anda rasa mungkin produk cantik dan pelik dan rasa pasti orang minat. TIDAK semestinya. Jadi anda mesti ketahui produk apa yang anda perlu elak borong supaya wang anda tidak tersadai begitu sahaja.

Sepertimana banyak laman web borong luar negara yang lain, kadangkala kita tidak familiar dengan cara pembelian yang mana ada langkah-langkah tertentu yang anda perlu buat supaya pembekal dapat menghantar produk yang anda borong dengan betul dan tepat pada masa yang dijanjikan dengan harga yang berpatutan.

Setelah barang sampai pula, anda pula perlu menjual produk ini dengan platform yang sesuai dimana ramai pelanggan yang minat produk anda berlonggok di sana. Anda perlu tahu lubuk dimana patut anda masuk untuk tunjukkan produk anda. Masuk platform yang salah bermaksud produk anda tidak akan laku. Ianya ibarat menjual ais batu kepada orang eskimo! Dan sekarang pemasaran online adalah yang paling praktikal, betul?

Untuk menjual anda perlu beri mesej yang betul kepada pelanggan agar pelanggan dapat rasa bahawa produk yang anda tawarkan adalah ditujukan kepada mereka. Kita tidak boleh jual semua produk kepada semua pelanggan. Mesej yang tidak jelas tidak akan menarik mana-mana pelanggan pun. Bukan produk tidak laku tetapi pelanggan keliru samada produk itu sesuai untuk mereka.

Semua halangan diatas kita dapat atasi dengan aplikasi teknik marketing yang betul dan sistematik serta tersusun. Sebenarnya anda boleh niaga barang dari China dengan mengikut panduan yang betul langkah demi langkah tanpa masalah.

Hits: 0

This entry was posted in bisnes internet and tagged by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge