Nak Tarik Rezeki Tapi Tak Tahu Caranya?

Sharing is caring

Kebetulan pagi ni sebelum hantar anak ke Taska sempat tertoleh ke TV yang sedang memaparkan rancangan Tanyalah Ustaz. Siri kali ni berkongsi tentang ilmu Falaq. memang serius misteri juga ilmu ni sebab orang hanya asyik dengar Feqah, Tauhid dan lain-lain tapi ilmu Falaq ni agak jarang ada perkongsian.

Mudah nak explain ilmu Falaq ni lebih kepada cerita bulan, bintang, buruj, matahari, lapisan langit, zodiak dan macam-macam. Jadi nak jadi cerita yang paling teringat bila ustaz cerita kaitkan ilmu Falaq ni dengan rezeki. Macamana pulak tu ya.

Macam ni. Buruj dan bintang yang kita banyak tahu adanya 12 bintang (12 zodiak) itu sebenarnya boleh dikaitkan dengan musim-musim tertentu. Di Malaysia yang kita biasa dengar ialah musim buah, musim hujan, musim monsun.

Baca:  Dhuha 12 rakaat

Musim ini semua terkait dengan rezeki-rezeki yang ada di langit, bumi dan laut. Rezeki-rezeki pula boleh jadi rezeki tanaman, rezeki binatang dan rezeki manusia dan macam-macam. Jadi ada kaitan antara waktu bintang 12 dengan musim-musim tadi dan seterusnya rezeki.

Hanya yang dah buat kajian dah boleh tahu apa yang available pada waktu semasa bagi meneruskan tindakan yang seterusnya. Paling mudah kita pun tau musim durian, musim rambutan, musim petai semua ni ada waktunya yang tersendiri.

Jika di laut mungkin nelayan yang lebih mahir. Berdasarkan bintang 12 ini, apa jenis ikan atau sotong atau ada haiwan lain yang berkembang mengikut kitaran masing-masing dan dari situ kita boleh mendapatkan apa yang kita tahu dan mahu.

Baca:  Amalan setiap pagi yang jadikan sales makin deras

Rezeki manusia pula ada cerita yang tersendiri. Kitarannya mengikut hari sepatutnya kita lihat begitu supaya kuat kebergantungan kita kepada Allah swt. Setiap hari kita untung nasib kita adalah seperti roda.

Dalam ayat 37-38 surah Yasin menyatakan siang dan malam silih berganti. Bila siang di hilangkan, maka gelap-gelita serta merta. Mengikut Islam hari bermula dengan malam bila matahri terbenam. Selalunya kita ingat hari bermula bila matahari terbit. Terbalik. masa itu semua bangun mula dengan subuh dan kemudian cari rezeki. Ingatkan itulah permulaan hari.

Tapi sebenarnya terbalik.

Hari bermula dengan gelap. Soal cari rezeki bukan dimulai dengan uasaha terus. Soal cari rezeki mula-mula perlu buat munajat dan mohon dulu dari Allah swt. Ibarat nak bekerja. Bukan terus kerja tapi mohon kerja dulu. Isi borang.

Baca:  Bila mohon bantuan Allah bukan bermakna kita lemah

Dalam Islam, malam bererti masa untuk persiapan menghadapi hari siang nanti bagi menjalani kehidupan. Sesiapa bersedia dengan telitinya, in shaa Allah akan permudahkan sepertimana yang dia minta pada malam sebelumnya. Patutlah kita selalu dengan pasal bangun malam tahajud, taubat dan hajat buat pada malam hari sepertiga malam.

Selalu kan kita ingat solat sunat fajar, solat subuh, dhuha itulah penarik rezekinya. Tapi silap. tak salah tapi tidaklah sesempurna persiapan sejak dari waktu maghrib lagi dah mula sepatutnya.

Jadi korang sesiapa yang ada hajat besar, mulakan hari anda sebaik sahaja matahari terbenam.

In shaa Allah.

Rahsia: 25 Formula Hidup Luar Biasa

Hits: 16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge