3 Langkah Jual Barang Online Sesuai Jika Nak Bekerja Dari Rumah Waktu PKP

Kenapa perlu jual barang online? Antaranya sebabnya adalah budaya membeli barang secara online semakin menjadi-jadi semenjak berlakunya pandemik Covid-19. Pengguna tiada pilihan selain membeli secara online apabila perintah kawalan pergerakan PKP dikuatkuasakan.

Dengan trend semuanya online jadi sudah menjadi budaya yang tidak dapat dielak maka anda sebagi penjual sudah tentu perlu mulakan belajar cara jual barang secara online juga. Implikasinya ialah apabila anda ketinggalan, semua pelanggan anda akan terhad kepada pelanggan offline sahaja. Bilangan pelanggan anda akan kekal statik tidak bertambah melainkan anda mahu kekal menjual secara kecil-kecilan sampai bila-bila.

Bila menjual secara online, anda akan lebih menjual secara bersasar dan boleh menjangkaui pelanggan lebih jauh dari kawasan sekeliling rumah sahaja tapi boleh capai pelanggan dari taman sebelah dan komuniti berdekatan juga.

Ada 3 langkah utama cara jual barang online:

Jual barang yang sesuai

Alah bisa tegal biasa anda mesti ada barang yang sesuai untuk dijual secara online bergantung kepada tamat tempoh barang, kemampuan untuk anda menghantar barang, samada barang tersebut laku online dan pelbagai faktor lain yang perlu diambil kira.

Dalam tempoh PKP ini, jual makanan online adalah yang paling sesuai khasnya makanan yang telah dimasak. Ini adalah kerana bukan semua wanita memasak jadi mereka lebih suka order sahaja. Jadi perniagaan makanan yang dimasak dan hantar ke rumah adalah paling baik. Jika anda pandai masak inilah masanya untuk jual makanan online pada jiran dan pelanggan berdekatan.

Mengikut trend pula apabila orang dah lama duduk rumah dan makan pun terjaga akan sebabkan berat badan naik. Oleh yang demikian, orang mula membeli alatan senaman bagi memastikan berat badan tidak naik mendadak. Netizen akan mula bersenam, berlari, naik basikal, atau eksais in door di rumah sahaja ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Pada masa ini trend membeli adalah seperti kasut jogging, dumbell, basikal, treadmill dan pelbagai peralatan senaman.

Platform online yang sesuai

Tapak jualan online sudah ada banyak sekarang. Langkah yang penting sekarang adalah untuk memilih platform yang bersesuaian dengan anda atau sesuai dengan barang yang anda jual. Kita ada shopee, lazada, facebook, instagram, corousell, food panda, lalamove, food grab, onpay, whatsapp dan macam-macam lagi. Setengah penjual lebih suka menggunakan laman web sendiri kerana lebih bebas untuk mencorakkan perniagaan dengan mengumpul database pelanggan dan follow up dengan cara mereka sendiri. Sementara yang penjual lain lebih suka guna platform sedia ada yang sudah popular.

Kesesuaian platform jualan online juga bergantung pada jenis barang yang dijual secara online. Contohnya, barang fizikal seperti perabut tentunya berbeza dengan barang makanan dan cara menjual dan platform juga beza sikit. Ada dua jenis platform utama online untuk jualan iaitu e-commerce atau non-ecommerce.

Ecommerce bermaksud platform yang sediakan kaedah pembayaran jadi kita tak perlu main wasap, mesej untuk follow up. Hanya shopping cart dan payment gateway disediakan. Bagi yang sediakan chat dan mesej ianya adalah untuk tujuan Q & A. Contoh adalah macam shoppe, lazada, onpay dan yang setara.

Berbanding non ecommerce adalah seperti facebook, instagram yang mana tiada shopping cart dan payment gateway disediakan. Oleh itu, kita nak kena follow up sehinggalah pelanggan buat belian.

Teknik pemasaran yang tepat

Ramai penjual ada barang dan sudah diletakkan dalam platform online tapi kadar jualan masih slow atau tiada pelanggan langsung. Dimana silapnya? Sebab utama adalah penjual tidak memberikan tumpuan kepada pemasaran online. Pemasaran adalah ibarat nadi bagi sebuah perniagaan online atau langkah utama cara jual barang online. Setap platform pemasaran yang disebut kat atas mempunyai cara pemasaran yang tersendiri samada cara pemasaran berbayar atau cara yang percuma-yang bergantung kepada trafik organik. Pemasaran mesti dibuat dan mesti dibuat dengan betul dan tepat jika inginkan hasil yang cepat.

BACA: Kelas Telegram Jual Di Shopee oleh Puan Zarini

Jadi apabila jual barang secara online anda perlu mengambilkira semua langkah untuk memastikan perniagaan anda dapat berjalan dengan lancar. Tanpa memahami setiap langkah perniagaan anda pasti akan menemui jalan buntu. Pastikan masalah tersebut dan selesaikan. In shaa Allah anda pasti sukses.

Hits: 37

10 Cara Turun Gula Dalam Darah Untuk Pesakit Diabetes, Kencing Manis, Darah Tinggi dan Sakit Jantung

Sumber: FB Dr Zubaidi

10 Tips Turunkan Gula Dalam Darah:

1. Melakukan senaman

Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain. .

2. Kawal pengambilan karbohidrat

Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat. .

3. Meningkatkan pengambilan serat

Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki. .

4. Minum banyak air dan kekal hidrasi

Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes. .

5. Kawal pengambilan makanan

Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil..

6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index

Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran. .

7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi

Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna. Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam. .

8. Pantau tahap gula dalam darah

Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan. .

9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium

Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah. Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang. .

10. Turunkan berat badan

Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat. .

Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes– Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain. .

Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan – Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan. .

Makanan yang boleh diambil secara bebas– Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.

Hits: 27

Manfaat Bawang Putih Bakar Superfood Yang Di Sebut Dalam Al Quran

Sumber: FB Husn Haron

Manfaat bawang putih:

1- Turunkan kolestrol

2- Kendalikan tekanan darah

3- Sihatkan jantung

4- Turunkan risiko kanser

5- Menjaga kesihatan otak

6- Memperkuat tulang

7- Melawan radang, hidung tersumbat, dan batuk

8- Penjagaan rambut

9- Anti oksida dan bunuh bakteria bakteria jahat

MasyaAllah banyaknya manfaat Superfood ni. Tapi kalau nak makan mentah rasanya tak ramai yg sanggup. Dalam masakan pula tak perasan. Main kunyah je.

In shaa Allah. Resipi di bawah ni di ambil dalam satu program e-learning tentang weight loss. .

A) Potong dua 1 labu bawang putih

B) Sapukan dengan minyak Zaiton

C) Bakar selama 40 minit dalam oven. Tapi kalau nak cepat defrost dalam microwave 3 minit kemudian letak atas kuali panas dalam 3 minit.

Rasanya SEPERTI UBI KENTANG BERPERASA BAWANG PUTIH. Nak habis kan 1 labu tu in shaa Allah sangat mudah.

Tahukah anda bahawa dalam surah al baqarah 2:61, bawang putih ada diceritakan?

A061

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”. Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.

MasyaAllah. Makan bawang putih boleh menjadi ibadat apabila hubungan dengan Allah yang difokuskan.

Impak dunia makan bawang putih adalah bergantung pada orang. Ada orang angin keluar sangat banyak. In shaa Allah. Kadang kadang sakit belakang disebabkan oleh angin banyak.

Hits: 13