5 Step Mudah Menulis Ayat Copywriting Pukau Emosi Pelanggan

Rasanya dah banyak kali dikongsikan berkaitan topik penulisan ayat copywriting di blog ni dan masih ramai lagi yang tidak jelas ataupun malas nak fikir dan tulis.

Bila kata kita nak menulis untuk menarik perhatian pelanggan jadi hendaklah kita tulis untuk pelanggan. Letakkan diri kita dalam diri pelanggan. Elakkan tulis tu dari kepala kita semasa kita berfikir sebagai penjual. Sebagai seorang penjual kita akan fikir nak menjual jah.

Sekarang kita kena hipnosis diri sendiri dan tukar diri kita menjadi seorang pembeli. Ayat lain hipnosis ni jika tak paham – kira macam pukau diri sendiri. Cuba pukau diri sendiri dan jadikan diri sendiri sebagai seorang pelanggan.

Kita bagi contoh sini lebih mudah nak faham. Bagi contoh produk makanan. Lebih spesifik contohnya nak jual kek (coklat, fruiti, cheese, orange, strawberi, blueberi, pisang, etc?).

Bagaimana nak fikir jadi pelanggan? Kena tanya diri sendiri beberapa soalan berkaitan pelanggan.

Step 1 – Tanya soalan A dan jawab

Soalan A: Siapa pelanggan kita?

Jawapan 1: Orang rumah (selalunya lah)

Jawapan 2: Surirumah sepenuh masa (sibuk dengan anak-anak)

Jawapan 3: Surirumah bekerja (sibuk dengan opis)

Jawapan 4: Orang perempuan bujang (takde masa nak buat sarapan/minum petang)

Step 2 – Tanya soalan B dan jawab

Soalan B: Apa sebab utama pelanggan nak beli kek kita?

Jawapan 1: Orang perempuan selalu craving …

Jawapan 2: Nak jamu anak-anak kek sedap (anak-anak selalu suka kek coklat-tips baru)

Jawapan 3: Nak jamu suami waktu balik opis minum petang

Jawapan 4: Nak jamu tamu yang datang rumah

Jawapan 5: Nak beri hadiah pada ….

Step 3 – Tanya soalan C dan jawab

Soalan C: Special apa sangat yang ada pada kek kita tu?

Jawapan 1: Rasa buah yang sebenar

Jawapan 2: Rasa coklat yang cair dalam mulut

Jawapan 3: Rasa cheese yang berkrim

Step 4 – Tanya soalan D dan jawab

Soalan D: Kalau depa tak dapat kek ni apa implikasi dia?

Jawapan 1: Rugi sebab kek harga lebih murah dari kedai tapi lebih sedap macam kedai

Jawapan 2: Homemade dan authentic tak macam kedai yang pakai pengawet

Jawapan 3: Stok terhad sangat, rugi melepas sampai termimpi-mimpi kesedapan kek yang rasanya macam mak yang buat

Banyak lagi soalan yang kita boleh tanya untuk dapatkan apa details yang pelanggan suka sangat dengan kek (kena spesifik) kita tu.

Dari maklumat yang dapat kita korek dari pelanggan (kita la kena berlakon sebagai pelanggan) tadi boleh sikit buat rumusan copywriting pasal kek tadi.

Step 5 – Draf Copywriting taraaa …. siap

Contoh copywriting kek pisang moist gebu:

Bestnya pekena kek pisang dengan teh ‘o’ nipis kurang manis minum petang-petang. Perghh! Baru sebut je dah terasa manis pisang kat dalam mulut memang terliur lah! Moist dan gebu pulak tu.

Tapi tahu tak yang banyaknya orang jual kek pisang tu dia tak letak pisang yang cukup atau letak pisang apa-apa je janji boleh. Cuba cari kek pisang special yang buat guna pisang terpillih memang susah nak jumpa.

Kek pisang yang power, dia mesti moist, gebu dan sedap. Mesti ada rasa varieti pisang yang autentik dan tak guna perasa atau bahan sintetik. Bila makan kek pisang ni rasanya memang membuatkan anak-anak tak tolak walaupun diaorang tak suka makan buah. Biasa la budak-budak kan suka makanan yang manis. Bila makan dengan suami pulak terasa bahagia sangat bila tengok dia mengunyah dan telan kek tu sambil tersenyum simpul. Best rasa!

Tak rugi makan kek pisang homemade. Sihat, segar dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Bagi surirumah yang teringin nak tengok senyuman suami dan anak-anak yang gembira bila dijamu kek pisang moist, gebu, sedap lagi berkhasiat silakan saja boleh dapatkan dari agen kami yang sentiasa bersedia entertain anda.

Boleh klik whatsapp link – http://www.wasap.my/012XXXXXXX/nak_kek_pisang_gebu

Begitulah step ringkas nak ke arah menulis ayat copywriting yang nak memenuhi emosi membeli pelanggan. Jangan main taram je. Buat kajian dulu, lepas tu apply step macam kat atas. Jika kita nak menulis dengan lebih ‘deep’ kita boleh aplikasikan step yang lebih tersusun dan sistematik agar ayat copywriting kita tu ada flow yang lebih meyakinkan dan seronok dibaca oleh para bakal pelanggan kita. Kalau nak promote barang lain pun, step dia sama sahaja yang penting kat sini ialah siapa pelanggan kita? Rungkaikan, senaraikan, bedah siasat emosi mereka, buat catatan sikit. dari semua maklumat yang kita dapat korek tu kadang tak perlu guna semuanya. Kita boleh buat kombinasi maklumat berbeza untuk kategori pelanggan berbeza untuk produk yang sama.

Contohya kek pisang tadi kita boleh buat beberapa set copywriting untuk setiap kategori dimana buat copywriting untuk kek yang dihidang untuk suami, buat juga copywriting untuk kek yang dihidang untuk anak-anak, bagitu juga set copywriting untuk kek yang dihidang untuk tetamu, kek sebagi hadiah, kek nak dibawa ke kenduri, kek untuk happy birthday dan pelbagai lagi event. Nampak kan. Oleh itu mahirkan diri dengan step-step ni dan mulakan berlakon jadi pelanggan sekejap agar pelanggan kita akan mendapat apa yang mereka sepatutnya dapat.

In shaa Allah, korang akan dapat siapkan copywriting ni sekejap je tak sedar masa berlalu dan tak ada rasa pening-pening lalat atau bosan mengantuk.

Rasa seronok lagi ada, tau-tau dah siap! Best!

Hits: 50

17 Sebab Kenapa Suami Isteri Wajib Usahakan Duduk Rumah Sendiri Selepas Menikah

Sumber: Hafiz Mansor

“Susah macam mana pun, usahalah duduk rumah sendiri dengan anak isteri.”

Bila tengok drama ni tetiba aku teringat dulu aku duduk bersembang dengan kawan-kawan yang anak dah 3-5 orang, kahwin dah lebih 10 tahun diorang selalu cakap benda ni.

“Tak kisah la kau duduk rumah sewa ke, rumah tu beli ke janji kau duduk dengan anak bini serumah.”

“Sebab apa tu? Tak boleh ke menumpang duduk rumah mak sendiri, mak mertua atau adik beradik yang lain?”

Boleh. Tapi jangan lebih seminggu hingga sebulan mahupun lebih dari tu. Kalau tak akan jadi ‘taik’ dalam rumah yang sebelum ni harmoni.

Mula-mula saja best tapi lama-lama banyak yang tak best akan timbul.

Kenapa lepas kahwin suami isteri perlu duduk rumah sendiri dan bukan rumah mak atau mertua? Tau tak apa sebabnya?

Sebab #1

1.Rumah kita duduk adalah rumah mertua. Jadi kita kena ikut rules mereka. Jangan memandai ubah apa yang dah sebati dalam rumah.

Sebab #2

2.Duduk sebulan dua ok lagi. Masih mesra senyum-senyum. Tapi lama-lama mertua akan mula nampak perangai menantu yang dia rasa tak suka dan tak patut. Baru kahwin ni nak ubah tabiat tu makan masa sikit.

Sebab #3

3.Adakalanya kita tidur balik selepas solat subuh time hari minggu. Tidur dan bangun lewat sikit dah kena perli pemalas. Dah nampak tak elok dah dimata mertua. Mula masam muka dalam rumah. Aura jadi makin negatif.

Sebab #4

4.Dalam rumah ada abang ipar, kakak ipar, adik ipar. Semua mak mertua suruh duduk sekali sebab bilik dah buat banyak. Dah tak ada privacy dengan suami nak manja-manja sangat dalam rumah.

Sebab #5

5.Ramai dalam rumah pakat duduk dengan mertua, akan jadi isu pasal bil elektrik, air. Yang pakai ekon setiap masa tak nak bayar lebih. Anak pula tak hulur duit kat mak ayah buat bayar bil. Kena perli, hati dah tak tahan, mula tak sua muka.

Sebab #6

6.Bila nak masak makanan tak boleh masak untuk suami saja. Kena masak untuk semua. Kadang dah masak, turun nak makan je makanan tu adik, akak atau abang ipar berkeluarga dah melantak makan. Kecewanya hati.

Sebab #7

7.Nak keluar tengok tv rancangan kegemaran pun susah sebab kuasa remote dekat orang lain. Sebab bukan rumah sendiri. Tumpang duduk rumah orang. Bila masuk bilik kata tak pandai bergaul dan sombong.

Sebab #8

8.Bila pertama kali duduk rumah mertua, memang rasa kekok nak biasakan diri. Jadi banyak benda nerves dan tak biasa. Mertua akan nampak kita tak pandai serba serbi tak reti nak tolong.

Sebab #9

9.Isteri ni nak sangat-sangat ada rumah sendiri yang boleh dia hias, nak ada dapur untuk masak dengan peralatan dapur sendiri dan sebagainya. Isteri akan rasa dia dihargai.

Sebab #10

10.Isteri tak setiap masa nak pakai tudung dan kain labuh setiap dalam rumah. Jadi bila ada rumah sendiri dia bebas nak pakai apa pun termasuk nak pakai lingerie kat ruang tamu. Kalau tengok pun, suami sendiri. Takde hal. Sudah halal. Kat ruang tamu pun on.

Sebab #11

11.Bila duduk rumah sendiri, jauh sikit, perasaan sayang kat mertua lebih tinggi. Sebab tak jumpa selalu. Rasa rindu tu akan ada. Bila jumpa sembang pun nampak mesra.

Sebab #12

12.Kat rumah sendiri bila silap masak, garam terlebih sepaket, masak hangit pun sendiri saja tau dengan suami. Tak la kena bahan dengan mertua. Memang akan down kata tak reti masak. Biasalah menantu baru nak belajar masak.

Sebab #13

13.Suami isteri pasti bergaduh. Itu biasa la dalam rumahtangga. Bila duduk rumah sendiri, apa jadi pun tak adalah siapa tahu dan tak ada yang akan masuk campur api apikan lagi. Biasa kejap dan sikit hal saja. Tapi bila ada masuk campur, jadi besar. Hasut sana sini dah keluar cerita bukan-bukan.

Sebab #14

14.Kahwin ni satu proses kehidupan berpasangan. Jadi kena belajar duduk rumah sendiri berdikari hadapi susah senang. Belajarlah. Suami jangan ambil mudah.

Sebab #15

15.Suami bila dah kahwin, susah macam mana pun perlu usaha cari rumah sendiri. Tak kisah sewa pun asalkan duduk bersama isteri dan anak. Usahalah sikit untuk family. Isteri mungkin cakap tak kisah tinggal dengan mertua tapi dalam hati dia tak sama.

Sebab #16

16.Suami kalau tak boleh berpisah dengan mak sampai mak tu meraung-raung tak bagi pindah, carilah rumah berdekatan dengan mak tu. Janji tak serumah dengan mak. Sebelah pun tak apa. Ada masa lapang, singgah saja rumah mak tu.

Sebab #17

17.Mak jangan terlalu manjakan anak laki sampai dah kahwin berbulu atas bawah pun tak pandai nak buat keputusan. Bagilah ruang anak laki berdikari dan biarkan dia cari dan duduk rumah sendiri. Percayalah dekat anak laki tu.

Jadi, suami belajarlah duduk rumah sendiri dengan isteri. Mak mertua menangis tak bagi pindah pun, kata anak tak sayang mak, susah nak jumpa cucu itu semua drama 15 minit sahaja.

Lepas dah duduk rumah sendiri, mak tu ok saja.

Laki dok rumah mertua biasanya ok je dia. Tapi tidak kepada isteri bila duduk rumah mertua.

Rumahtangga yang kita bina ni, jagalah baik-baik. Ini adalah amanah. Bila duduk rumah sendiri, suami akan rasa lebih bertanggungjawab.

Hits: 7

Belajar Cara Bermain Saham Biarlah Dengan Teknik Yang Betul

Ramai yang bertanya kenapa cerita yang untung jer?

Kalau rugi macam mana?

Oklah, pertamanya bila kita nak berjaya kena utamakan yang positif dulu. Kemudian baru kita ambil tahu tentang apa sebab rugi. Ada beberapa sebab yang menyebabkan pelabur rugi.

Contohnya seperti berikut:

1 . Melabur tanpa ilmu. Main belasah jer beli mana-mana kaunter yang dirasakan boleh bawak untung. Akhirnya disebabkan salah pilih saham kaunter tersebut tak naik-naik.

2. Emosi – Nampak jer satu kaunter tu naik terus dikejarnya dan dibeli dengan harapan akan naik lagi. Rupanya lepas beli jatuh merudum.

3. Satu kaunter jer – Fokus semua duit pelaburan hanya pada satu kaunter. Kalau untung maka untung semua. Tapi kalau rugi semua rugi. Sepatutnya fokus kepada 5 kaunter. Yang untung boleh cover sket yang rugi tadi.

4. Main saham tanpa wang di tangan. Sebenarnya bila kita beli sesuatu saham, ia telah menjadi milik kita. Walaupun saham itu tiba-tiba jatuh, secara asas nampak kita rugi. Tapi selagi kita belum jual kita belum dikira rugi. Anda hanya perlu tunggu sahaja hingga saham itu naik semula dan menjualnya bila anda dah capai target price.

Tapi bagi golongan yang beli saham tanpa ada wang mereka harapkan saham yang dibeli akan naik dalam tempoh 3 hari (sebab saham yang kita beli hanya wajib bayar pada hari ketiga).

Tapi tiba-tiba tak naik, maka mereka perlu membayar kerugian tadi kepada pihak broker. Tapi jika kita ada duit, kita hanya perlu beli saham tu dan tunggu untuk dia naik semula. Jadi senang cerita nak melabur saham anda mesti menggunakan duit yang sememangnya anda niatkan untuk disimpan. Maka anda beli saham dan tak perlu nak monitor setiap hari. Bila naik anda jual dan dapat untung. Sebab tu mustahak anda belajar dari mereka yang berpengalaman. Dengan sedikit pelaburan untuk ILMU anda dapat selamatkan duit anda dari terbazir dan risiko kerugian.

Baca: Cara belajar main saham yang betul

Hits: 13