Patutlah harga mahal warga asing cengkam rantaian sayur Lembah Klang

Kebanjiran warga Myanmar dan Bangladesh menguasai perniagaan dalam Pasar Borong Kuala Lumpur dekat Selayang di sini tanpa kawalan pihak berkuasa, membuatkan mereka kini semakin kuat mencengkam rantaian bekalan sayur kepada pengguna hampir seluruh Lembah Klang.

Namun perhati betul betul punca penyebab bukanlah warga asing tapi orang kita sendiri yang punya lesen perniagaan menjalankan bisnes ambil keuntungan atas angin.

Mereka hanya untung dari sewa tapak kedai kepada warga asing dan bukannya dari hasil jualan. Secara tidak sedar tindakan ini akan sebabkan kenaikan tambahan kos perniagaan warga asing yang menjalankan perniagaan dan seperti biasa kenaikan kos akan diserap ke dalam harga sayur apabila peniaga warga asing meninggikan harga sayuran.

Baca:  Kenapa duit penting walaupun kau kejar akhirat?

Bagi jalankan perniagaan dengan kos yang minimum, warga asing perlukan bekalan sayur yang harganya lebih murah untuk tampung bayar sewa tapak. Jika bekalan sayur dari rakyat tempatan mahal maka mereka akan cuba usaha utk dapat bekalan sayur dari warga ssing yang lain.

Ini jelas tunjukkan rantaian perniagaan yang tidak sihat yang dicetuskan oleh sikap pemilik tapak perniagaan tempatan secara tak sedar membentuk satu cartel pemilik peniaga asing yang akhirnya sebabkan kenaikan harga bagi menanggung peningkatan kos operasi yang tak sepatutnya.

Baca:  Kenapa duit penting walaupun kau kejar akhirat?

Lain ceritanya jika pemegang lesen tu sendiri yang jalankan perniagaan. Banyak kos yang boleh dijimatkan oleh itu harga sayur tidak akan alami peningkatan harga.

Tindakan wajar patut dikenakan kepada pemegang lesen dan bukan kepada warga asing. Jika tak madalah takkan selesai.

Fikirkanlah.

Baca lanjut di: BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge