Pendakwah Cina Muslim dan India Muslim wajar lebih banyak tonjolkan diri bagi mengelak anggapan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) Ali Imran 110.

Aku baru nonton video Firdaus Wong beliau bagi ceramah kat Kelantan dan terangkan kenapa sebenarnya beliau berdakwah. Apa sebenarnya yang motivate beliau ialah ayat Quran kat atas. Muslim umat Nabi Muhammad saw ni istimewa.

Tapi umat Nabi Muhammad saw tidaklah istimewa sangat di kacamata bukan Melayu yang masuk Islam kerana apa yang mereka nampak hanyalah yang tidak elok. Contohnya kes buang anak, kes dadah, akhlak orang Islam Melayu tidaklah baik sangat.

Jadi beliau simpulkan bukan semua umat istimewa melainkan seperti yang dikata dalam Al Quran iaitu umat yang berani dengan kebenaran dan berupaya mencegah yang tidak betul. Dengan kata lain istimewanya umat ialah hanya umat yang berdakwah berterusan dan dijadikan amalan rutin sepanjang hayat.

Berbalik kepada Islam adalah agama tidak kira bangsa. Orang bukan Melayu selalu persoalkan orang Melayu tidak menceritakan berkaitan Islam kepada mereka walhal perkara berkaitan Islam sering sahaja dialami oleh semua orang sepanjang hari secara tidak langsung.

Contoh jelas ialah masjid, surau ada dimana mana sahaja, azan dilaungkan 5 kali setiap hari samada secara live atau tv namun mereka sendiri tak ada nak tanya.

Mungkin ada sebabnya begitu kerana segan dan malu dengan Melayu kerana bangsa beza. Oleh itu adalah wajar pendakwah bukan muslim agar main lebih peranan. Kerana kadangkala mereka lebih selesa approach orang yang sebangsa sama kerana bahasa dan budaya yang sama menjadikan pemahaman lebih serasi dan tidak menimbulkan rasa pelik dan janggal.

Seeloknya pendakwah bukan Melayu move on dan tak terus menerus menuding pendakwah Melayu Islam. Adalah wajar pendakwah bukan Melayu mula perhebatkan awareness kepada bangsa masing-masing agar dakwah lebih berkesan.

Dengan cara ini orang tak boleh kata ada agenda untuk meMelayuKan bangsa lain di Malaysia dan agar orang sedar Islam ini adalah agama universal dan bukan hanya agama orang Melayu.

Hits: 18

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge