facebook marketing

Pengaruh softselling untuk mempromosikan produk makanan

Sharing is caring

Nak bagitau hanya Allah swt sahaja yang ada kuasa.

Softselling tak ada kuasa nak suruh orang beli produk makanan anda.

Tapi ayat softselling boleh mempengaruhi orang membeli.

Jika di medium offline bermacam cara kita boleh buat dimedium online juga ada caranya tersendiri.

Pernahkan anda cuba kaedah softselling dan storytelling?

Ianya bukan kaedah direct “3 ketul, harga singgit”. Bukan begitu.

Softselling adalah seangkatan dengan storytelling dan content marketing.

Ianya tidak direct. Teknik jualan adalah secara tidak langsung.

Contohnya boleh tulis cerita, kisah, kes study, proses , resepi yang berkaitan bisens produk makanan anda.

Baca:  Promot juadah buka puasa dengan fb group komuniti dan fb group iklan

Ini penting untuk beritahu dunia anda adalah pakar dalam hasilkan produk makanan A.

Kongsikan tips tidak semestinya anda dah pecah rahsia resepi turun temurun.

Ceritalah secara umum tapi masih menanamkan kepercayaan oleh pelanggan.

Personal branding sebegini adalah untuk mengukuhkan kepercayaan pelanggan.

Penceritaan kisah-kisah adalah untuk mengingatkan pelanggan bahawa anda adalah pakar dalam bidang makanan yang anda hasilkan.

Secara tidak sedar dan tak langsung pelanggan tergerak hati untuk membeli dari anda setelah berasa puas hati.

Baca:  Ayat power dalam perniagaan

Yang penting info yang diberi lengkap contonhya makanan yang anda jual sesuai untuk event sebagaimana, boleh juga dibuat door gift etc etc.

Penulisan adalah sangat berpengaruh sebenarnya jika anda tahu cara untuk menggunakannya.

Jangan ambil remeh, tulisan boleh mempromosikan produk makanan.

Cuba kaedah softselling tingkatkan kredibiliti anda dulu sebagai pengeluar makanan tersebut.

Kemudian jualan akan masuk secara natural.

In shaa Allah.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 6

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge