Penjagaan strawberry tanah rendah yang mudah dan boleh dibuat oleh bukan pakar

Dulu-dulu bila fikir strawberry je mesti nak pergi Cameron Highlands. Mana nak larat kan. Ibaratnya mustahil lah nak makan yang fresh kecuali kena pergi mall. Rasa macam eksklusif je.

Sekarang ni tak mustahil nak tanam strawberry dimana-mana pun lalu ujudlah istilah strawberry tanah rendah. Jenis strawberry tanah rendah ni takdelah luarbiasa sangat. Boleh je tanam jenis strawberry yang ditanam di tanah tinggi.

Antara yang mudah dan senang ingat ialah JSC atau Japanese Sweet Charlie yang tak banyak karenah. Ianya adalah variety strawberry tanah rendah yang agak popular.

Jadi benih strawberry tanah rendah ni sebenarnya senang nak dapat dimana-mana nurseri biasa biasa pun ada jual. Pokok strawberry tanah rendah pun senang dan sesuai nak tanam di tanah yang ada di tanah rendah.

Penanaman strawberry tanah rendah dan penjagaannya tak susah mana. Jika beli pokok dari nurseri dengan pasu tu pun dah boleh guna terus atau nak tukar tanah lain pun ok.

Baca:  Anak pokok Harumanis tulin untuk dijual

Tipsnya nak jaga ialah dengan berikan air dengan secara berjadual yang tetap. Tak perlu banyak tapi mesti tetap dan berjadual. Contoh 2 hari sekali mesti drip air pagi dan petang.

Tanam dah ok tapi nak bagi buah bagaimana pula? Ini pun ada rahsianya. Pertama trim daun-daunnya dan tinggalkan hanya 3 hingga ke 4 helai sepanjang masa. So kena rajin turun padang dan biarkan dia tumbuh melata.

Jangan terkejut, strawberry ni ada sulur dan boleh membiak dengan sulur-sulur ni untuk menjadi induk baru. Tolong rajinkan diri sulur tu tanamkan akarnya ke pasu baru sehingga akarnya kuat kemudian potong sulurnya pisahkan dari induk agar ia berdikari sendiri menjadi induk baru.

Tak elok dibiarkan sulurnya menjalar tanpa kawalan dan tidak dipotong dari induk kerana ia akan menjejaskan peluang pokok untuk berbuah cepat. Kemudian nak bagi induce lagi bagi buah pokok strawberry ni ialah dengan letakkan baja.

Baca:  MAHA 2018: Pemasaran dalam talian elak orang tengah

Ada orang guna baja kopi. Sini guna baja tahi kambing pun ok. Janji ada baja. Tak ada baja langsung memanglah takkan berbuahnya. So ingat. Trim daun, trim sulur, bagi baja, siram berkala – inshaa Allah berbuah lah dia.

Ada satu lagi persoalan bagi yang tanam strawberry ni kadang buahnya bentuk tak seragam dan cantik. Kadang nampak pelik. Ini mungkin disebabkan oleh pendebungaan yang tak sekata. Cara nak uruskan ada tipsnya. Gunakan berus melukis yang halus untuk sapukan debunga pada bunga tu ibaratnya kita guna cara manual untuk proses pendebungaan dan tidak bergantung kepada serangga. Bila proses ini sekata maka buah pun akan jadi bentuk elok.

Jadi agak-agaknya susah tak penjagaan strawberry tanah rendah ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge