Peranan ayat iklan power dalam promosi produk untuk hasilkan jualan

Terasa sukar untuk hasilkan jualan di facebook ? Jika ada terasa sukar ini bermaksud anda ada mengalami tanda-tanda prospek tak hiraukan promosi yang anda lakukan.

Ayat promosi anda langsung tidak dapat menyentap emosi prospek. Anda harus segera perbaiki keadaan ini agar ianya tidak menjadi lebih teruk lagi.

Anda sememangnya dalam keadaan kritikal jika hati anda berbisik begini, “Dahlah… susah sangat nak menjual di fb ni. Cakap tak serupa bikin diorang ni. Kata boleh buat duit. Tapi hampeh…”. Pernah tak rasa macam ni akibat GAGAL mendapat jualan yang sepatutnya di facebook. Anda patut tahu kegagalan menjual di facebook disebabkan beberapa perkara :

1. Tiada sasaran yang fokus – Cuba menjual kepada semua orang dalam kempen jualan yang sama. Penyelesaiannya ialah dengan tumpukan secara spesifik dan fokuskan sasaran kepada satu sasaran atau kategori prospek secara khusus. Elakkan menonjolkan kesemua fungsi produk kepada semua orang. Setiap fungsi produk punya segmen pasaran yang berlainan jadi pecahkan promosi mengikut segmen.

2. Tiada rasa empati – Empati adalah kemampuan untuk merasakan keadaan emosional orang lain ada rasa mahu menyelesaikan masalah prospek dan cuba melihat pada perspektif prospek. Anda mungkin dilihat seperti ingin menjual semata-mata sekadar untuk mendapat keuntungan. Tunjukkan lebih perhatian untuk membantu lebih dari menjual. Penyelesaiannya ialah dengan bina profail prospek. Ketahui masalah dan impian prospek dan tonjolkannya dalam mesej jualan.

3. Tidak membantu. Mesej jualan yang dihasilkan terlalu jelas nampaknya dan ketara rasa emosi hanya menjual semata-mata. Ada ketikanya nampak seperti terdesak bila menggunakan teknik SPAM. Penyelesaiannya ialah dengan sematkan dalam diri untuk bantu prospek selesaikan masalah atau realisasikan impian mereka. Jadi apa yang kita tawarkan jadikannya sebagai solusi kepada masalah dan impian mereka.

4. Bina mesej jualan yang betul.

Hits: 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge