Perkara wajib patut ada pada ayat iklan FB

Cuba fikir apa keunikan produk bisnes kita?

Ada seribu penjual shawl.

Ada seribu penjual ubat kulit cerah.

Ada seribu penjual baju t-shirt.

Setiap niche, ada banyak persaingan.

Jadi, kita perlu berikan sebab kenapa pelanggan perlu membeli dari kita.

Saya berikan contoh niche tudung.

Contoh ayat iklan :

“Design ini cuma ada 300 helai sahaja di Malaysia.

Eksklusif.

Limited Edition.”

In shaa Allah, berhasil.

Stok pasti licin.

Dengan izin Allah Taala.

Dari pengalaman kawan saya, wanita sangatlah terpengaruh bila ditulis ‘limited edition’ pada ayat iklan.

Anda pun patut tulis yang sama, kan …

Nak tahu apa kesilapan ramai usahawan FB?

Kesilapan ramai usahawan FB ialah, mereka beranggapan, dengan buat iklan, terus akan ada orang beli.

Tak semestinya begitu.

Bisnes akan perlahan-lahan reput.

Bak kata pakar-pakar pemasaran:

“Soalan pertama apabila prospek lihat iklan kita ialah:

Apa sebab kita wujud ? Dan kenapa pelanggan perlu beli dari kita, dan bukan dari 100 penjual lain ?”

Selamat mencari keunikan produk.

Ambil masa 30 minit hari ini untuk fikirkan keunikan produk kita.

Lepas tu buat ayat iklan FB yang akan mengetuk hati pelanggan kita untuk membeli.

Hits: 16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge