pemasaran online

Perniagaan Adalah Tugas Menyelesaikan Masalah Pelanggan

Sharing is caring

Ada yang menganggap berniaga ni nak kaya.

Ada juga yang anggap berniaga ni nak senang.

Ada yang berniaga sebab nakkan masa bersama keluarga.

Semua tu tak salah cuma perlu di ingat tujuan utama perniagaan adalah kerana untuk memenuhi tuntutan pengguna.

Anda menjual produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh orang lain.

Sekiranya produk anda kelak tidak lagi diperlukan oleh orang lain akhirnya korang akan tutup kedai.

Mengapa orang perlukan produk dan perkhidmatan anda.

Ini adalah kerana produk dan perkhidmatan yang anda sediakan boleh selesaikan keperluan mereka.

Begitu juga apabila anda menulis iklan, hendaklah menekankan masalah yang di target.

Tahukah anda setiap 3 post di timeline facebook akan muncul 1 iklan. Dalam satu hari ada berapa iklan agaknya yang muncul.

Baca:  5 Kaedah Tambah ‘Fans’ Dan Naikkan 'Like' Facebook Page

Adakah iklan anda stand out among beratus atau beribu iklan yang lalu di newsfeed. Entah-entah orang tak perasan pun iklan anda dah berlalu.

Jadi konsep menulis iklan perlu menapis perhatian orang yang sepatutnya tanpa mengganggu orang lain yang tak berkenaan.

Untuk tarik perhatian pula supaya orang sedar akan iklan anda yang lalu di timeline facebook ialah dengan meletakkan gambar yang menarik.

Dengan cara ini hanya orang yang betul-betul berminat sahaja akan mengambil tindakan seterusnya. Sementara orang yang main acah-acah dan hangat-hangat tahi ayam akan terus stop.

Untuk menggandakan impak iklan anda dalam masa yang singkat caranya ialah dengan melabur sedikit untuk bayaran pengiklanan. Dengan menggunakan iklan berbayar contohnya FB ads, iklan anda akan dilihat dengan lebih kerap.

Baca:  3 Langkah Jual Barang Online Sesuai Jika Nak Bekerja Dari Rumah Waktu PKP

Ramai yang masih belum yakin bagaimana nak run FB ads ni sebab banyak laporan yang tidak menyebelahi penjual-penjual kerana tiada kemahiran teknikal. Namun kelebihan FB ads ialah anda boleh terus target kumpulan yang berminat dan aktif membeli dan sebenarnya bajet run iklan boleh dikawal sepenuhnya.

Dapatkan panduan FB ads untuk bisnes  2020 dari laman video ini bagi membantu anda mengarang ayat jualan dan target real customer untuk buat jualan di media sosial.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 8

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge