Perut pedih masa puasa? Ini rahsia kekalkan perut selesa macam hari biasa

Perut pedih ni biasa especially waktu puasa. Hari biasa tu kalau perut pedih lapar la tuh maknanya. Maka keluarlah cari makanan untuk alas perut cepat-cepat kalau delay karang boleh dapat gastrik pulak gamaknya.

Tapi kalau puasa datang pula pedih perut takkan nak makan pulak kan. Waktu puasa ni special sikit sebab bila dah sahur, pedih perut tu datang sekejap je. Bila perut dah adapt, lama-lama pedih tu hilang sendiri. Kadang pagi pedih perut jap bila dah tengari sampai petang ok je pun. Ada juga orang yang pedih perut ni datang waktu hampir nak berbuka.

So lain orang lain ragamnya.

Aku nak cerita pengalaman sendiri pada tahun ni agak pelik sedikit. Cuma ngantuk tu standard aku sama je tiap tahun. Bila puasa je ngantuk tengahari dan ngantuk masa buat tarawih. Memang tak tahan nak kena nap juga sekejap.

Nak share pengalaman tahun ni yang best ialah perut takde rasa pedih. Maksudnya perut rasa selesa je dan tak lapar sangat. Bila ingat balik memang aku akan ambil kurma waktu lepas tarawih tu sebab nak mengunyah. Ada dalam 2-3 biji sebab kebetulan kurma tu pun sedap jadi lepas satu tambah satu sampai 3 biji. Itu je yang aku rasa sangat terkesan.

Perut ni bila pedih susah kita nak buat kerja samada kat ofis atau bila tiba dirumah uruskan anak-anak sebelum waktu berbuka tu. Tapi bila perut rasa sedap alhamdulillah urusan berjalan lancar.

Jadi aku rasa elok je share dengan pembaca blog mana tau ada mengalami perkara yang sama. Nak ingatkan kat sini pedih perut tu bukanlah gastrik dan sebagainya.

Gastrik ada rawatan dan amalannya sendiri perlu jumpa doktor bertauliah untk dapatkan gambaran dan solusi yang sebenarnya.

Hits: 1

This entry was posted in tips and tagged , , by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge