Cara nak promosi barang di Instagram

Mungkin anda tercari-cari platform terbaik untuk mempromosikan barang niaga.

Bagi sesetengah orang, Instagram adalah salah satu platform terbaik sekiranya berminat untuk membuat iklan secara percuma, mudah dan hotselling.

Instagram tidak terlalu terikat dengan rules seperti di FB.

Lebih mudah untuk anda jana followers. Berikut adalah turutan kerjanya.

  1. –> Ramai followers
  2. –> Ramai nampak iklan anda
  3. –> Ramai yang berminat untuk membuat tempahan
  4. –> Makin tinggi pendapatan anda

Cara yang selalu di gunakan biasa sahaja tapi iklan akan menjadi sangat targeted.

Anda perlu bina satu instagram khusus untuk bisnes dan mula upload 10 gambar ke atas ke Instagram bisnes anda.

Setelah selesai anda boleh mula mencari followers baru.

Cara terbaik untuk mendapat followers yang berkualiti dan targeted serta ramai:

1) Follow mereka yang mempunyai minat terhadap produk anda. Anda boleh follow 50 orang bagi satu-satu masa. Selepas 5 minit, anda boleh teruskan follow 50 orang seterusnya. In shaa Allah 50% akan follow balik anda dan menggunakan cara ini anda telah menjana followers. Pastikan mereka adalah yang mempunyai minat terhadap produk anda.

2) Bagi mendapatkan followers lebih targeted, anda boleh follow likers dan dan mereka yang komen produk niche anda. Perlu saya ingatkan supaya tidak menawarkan produk anda direct kepada orang yang komen di gambar milik orang lain sebaliknya sekadar follow mereka untuk mengelakkan tanggapan anda telah mencuri customer orang lain. Jelas haram.

3) Anda boleh lakukan hashtag di ruangan ayat sewaktu anda ingin memuat naik gambar supaya orang ramai boleh menerima iklan anda melalui hashtag di Instagram. Contoh : #QuePuteh

4) Anda boleh follow sehingga 7k orang di Instagram. Sekiranya had 7k anda telah penuh. Ianya sudah cukup berbaloi kerana anda mungkin menerima 3.5k followers. Cukup ramai untuk membuat jualan 10 item ke atas setiap hari.

5) Sekiranya anda ingin meningkatkan lagi jumlah followers, anda boleh unfollow balik orang yang anda follow sebelum ini dan teruskan follow orang baru sehingga genap kembali 7k. Anda juga boleh membuat hashtag untuk meningkatkan followers.

6) Anda boleh viralkan Instagram anda di platform lain seperi website, Facebook, Twitter supaya lebih ramai mengenali Instagram anda sekaligus menjana lebih ramai follower.

Apa yang penting usaha daripada anda sendiri, Saya harap anda boleh praktikkan cara ini untuk menjual barang niaga.

Kini dah ada cara advance untuk promosi di instagram.

Cara ini mengelakkan anda dari terus ‘langgar dinding’ atau tak tahu ‘arah mana nak tuju’.

Ini bagi mengelakkan masa anda terbuang tak tentu arah hanya kepada promosi yang belum tentu terhasil sebab and tiada target.

Elakkan semua itu dan gunakan teknik rahsia ini untuk hasilkan kempen yang lebih targeted.

Nak tahu lanjut teknik advance cara promosi barang niaga di instagram ?

BACA:  Anda ada masalah bagaimana nak jual Shaklee di Instagram?

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: