Promosikan produk anda dengan jiwa yang ikhlas dan rela tanpa paksa

Tips ini diceritakan oleh seorang usahawan baru-baru ini di suatu seminar. Ceritanya memang sayu dan memberikan satu perasaan sentap pada setiap audien yang mendengar talk beliau. Saya sangat yakin kerana jika saya boleh rasa tentu orang lain pasti merasanya juga.

Kisahnya begini. Beliau dijemput oleh persatuan penduduk di satu kampung yang jauh untuk memperkenalkan baja hasil formula syarikat beliau untuk kegunaan penanaman padi di tempat tersebut. Dengan berbekalkan beberapa kampit baja yang agak berat dan dengan menaiki kereta yang sudah uzur boleh bayangkan bagaimana perjalanan yang agar mencabar dan hanya yang sabar sahaja boleh melepasi dugaan seperti itu.

Dalam keadaan bisnes yang baru bermula, setiap permintaan demo dari mana-mana tempat mesti dipenuhi untuk meluaskan rangkaian pasaran. Menolak jemputan ialah seperti mahu menguburkan sendiri bisnes yang belum tentu hala masa depannya. Oleh itu sudah tentu hati pasti berbunga-bunga apabila ada prospek yang berminat dan menjemput untuk membuat demo ditempat mereka. Sudah dapat dibayangkan bagaimana sambutan dan penduduk kampung yang pasti seronok melihat baja yang boleh menaikkan hasil tanaman padi penduduk kampung. Kerana hasil kajian memang telah membuktikan baja yang dibuat beliau memang berkualiti cuma nak yakinkan orang nak membeli tu yang agak mengambil masa.

Nak dijadikan cerita sewaktu beliau sampai di kampung tersebut didapati rupa-rupanya hanya terdapat seorang sahaja penduduk kampung yang sedang menanti untuk mendengar demo tersebut. Memang sentap. Semangat pun macam nak runtuh dan tiba-tiba perasaan terus down. Selidik punya selidik kenapa perkara ini terjadi kerana sebelumnya dijanjikan akan ramai yang berminat nak join alih-alih seorang sahaja yang tunjukkan komitmen rupanya semasa itu tengah hot isu ‘nombor satu’ pecat ‘nombor 2’. Semua ahli dipanggil mesyuarat untuk menangani senario politik yang dianggap besar ketika itu.

Usahawan ini yang pada mulanya rasa seperti nak balik je, tiba-tiba teringat kata-kata seorang ustaz, ” Nak buat apa-apa pun, hati kena ikhlas.” Oleh itu beliau kena switch minda on the spot. Pertama, bersyukur kerana masih ada orang nak dengar demo banding sekiranya langsung takde orang yang datang, macamana? Lagi takde harapan. Kedua, demo ini perlu dibuat sama seperti jika ada seribu orang yang datang. Tidak semestinya seorang prospek dilayan sambil lewa hanya kerana bilangan yang sedikit. Oleh yang demikian beliau memberikan satu demo yang all out terbaek kepada prospek tersebut dengan membayangkan prospek itu seperti seorang VIP dengan layanan yang paling istimewa. Akhirnya, prospek setuju untuk buat trial run tanaman padi dengan baja yang dicadangkan. Setelah baja diserah dan urusan diselesaikan, beliau pun balik.

Setelah beberapa lama dengan tidak disangka-sangka, beliau telah dipanggil semula oleh penduduk kampung yang sama untuk membawa baja ke sana lagi dengan lebih banyak lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kaya, kebaikan dan kelebihan baja beliau telah tersebar dikalangan penduduk lain hasil dari percubaan oleh prospek yang seorang tu tadi. Hasil padinya telah meningkat sebanyak beberapa kali ganda dan kebaikan ini telah tersebar luas dengan sendirinya. Kenapa ini boleh terjadi dengan mudah berbanding jika beliau sendiri yang cuba yakinkan mungkin agak sukar juga. Inilah yang dikatakan kepercayaan mempengaruhi pemikiran.

Seorang prospek yang mencuba baja itu tadi rupa-rupanya seorang imam di kampung tersebut. Apabila hasil padi imam meningkat dia berasa teruja dan menceritakan perkara ini kepada semua penduduk kampung yang ditemuinya dan memandangkan beliau seorang imam sudah tentulah orang percaya kan sebab dia bukan menipu pun!

The moral of the story is promosikan produk anda dengan jiwa yang ikhlas. Tidak ada kompromi. Allah akan bantu hambanya yang ikhlas.

Hits: 8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge