Rahsia di sebalik mengapa Nabi Isa as di salib

Pandangan ini disuarakan oleh pendakwah yang telah buat kajian.

Nabi Isa as adalah nabi yang di datangkan oleh Allah swt dari kalangan Bani Israel untuk menyampaikan dakwah kepada Bani Israel.

Sebab itu jika kita perasan akan kandungan Injil kebanyakannya berkisar tentang Bani Israel sahaja berbanding Al-Quran di mana dakwahnya bertujuan memberi tarbiah bagi umat seluruh alam dan tidak terhad kepada Bani Israel.

Bani Israel ini memanglah degil orangnya. Jika nabi dari kaum lain yang di lantik, ia hanya akan mengaku untuk menuruti nabi yang dilantik di kalangan Bani Israel sahaja.

BACA:  Percayalah Rezeki Dengan Sedekah Tak Rugi Sedekah Banyak-banyak

Namun bila nabi dilantik di kalangan Bani Israel, tiba-tiba nabi ini dibunuhnya dan mereka tidak mahu menerima nabi yang di lantik olah Allah swt.

Malah bagi kes Nabi Isa as ini mereka lagi berani untuk menyalib Nabi Isa as.

Apa kena dengan salib? Mengapa bunuh tidak mencukupi dan memuaskan hari Bani Israel?

Dalam kepercayaan Bani Israel, salib bermaksud seperti penghinaan, tidak mengiktiraf, meletakkan taraf yang rendah, merendahkan mertabat, tidak melayakkan orang yang di salib di kata mata umum.

BACA:  Usaha itu satu pengorbanan

Salib yang dikenakan atas Nabi Isa as adalah tidak lebih untuk menidakkan kenabian Nabi Isa as. Setelah mereka puas dapat melihat Nabi Isa as telah berjaya di salib maka kukuhlah kepercayaan dan keegoan mereka untuk menolak Nabi Isa as sebagai pemimpin mereka akibat kerana mereka tidak mahu mengikut dakwah yang telah disampaikan atas suruhan Allah swt.

Inilah sikap keturunan mereka yang terbawa-bawa sehingga ke hari ini.

Bagi menolak perbuatan keji Bani Israel ini Allah swt telah menaikkan Nabi Isa as ke langit dan hanya akan diturunkan pada akhir zaman ini bagi menunjukkan kekuasaan Allah swt mengatasi segalanya.

BACA:  Bila mohon bantuan Allah bukan bermakna kita lemah

Jika kita perhatikan betul-betul seperti sudah ada pengaruh Dajjal dari zaman ini lagi. Membunuh nabi bagi membina empayarnya sendiri dan cuba pula berlagak bagai Tuhan gamaknya.

Berhati-hatilah kita agar dilindungi dari fitnah Dajjal yang keliru dan mengelirukan.

Anda juga mungkin meminati kisah YakjujDanMakjuj ?

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: