Rahsia doa makbul

Helmi Rahman:
Nak tahu macam mana salah satu cara supaya doa-doa kita, yang luar biasa banyak, Allah kabulkan?

TULIS

Ya ditulis.
.
Ustaz Yusuf Mansur pernah share dulu zaman beliau sedang diuji dengan hutang yang menggunung, diuji dengan kehidupan yang berat , beliau pernah tulis sampai 4 page doa doanya.

Dan kertas tu beliau kertas bawa kemana-mana saja beliau pergi.

Dalam bertahun-tahun lamanya, Allah kabulkan doa-doa beliau tu, empat lembar empat lembarnya. hampir semuanya.

Subhanallah!
.
Kenapa doa doa kita ni perlu ditulis?
.
Sebab seringkali dari kita punya banyak masalah, punya banyak hajat, punya banyak keinginan, tapi disebabkan terlalu banyak tu saat angkat kedua tangan, kita bingung mahu doa apa. Akhirnya doa begitu begitu saja.

Jadi kalau tak mahu lupa, kita tulis doa doa tu tadi.
.
.
Tulis semua hal yang kita mahukan. biar sampai berjela jela pun tak pa..
.
.
Terus baca doa doa yang kita tulis tadi di setiap usai solat kita, tahajjud kita, dhuha kita.
.
Solat dua rakaat
baca quran
baca doa doa kita tadi
.
Percaya dan yakin sungguh sungguh Allah akan kabulkan doa doa kita tadi.
.
Doa ini adalah bahagian dari kerja keras dan ikhtiar kita.
.
Doa jugak adalah bahagian dari jalan pengharapan dan jalan taqwa.
.
ketika kita jatuh tersungkur tak punya apa2 lagi, jangan pernah lupa kita masih ada DOA sebagai ikhtiar kita yang ditawarkan percuma kepada setiap hamba hambaNya.

Hits: 2

This entry was posted in tips and tagged , by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge