Rasuah boleh rosakkan individu, keluarga malah hancurkan negara

KETUA Balai Polis antara 16 individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai terbabit melindungi serta menerima wang sogokan daripada pemilik pusat urut di Kuala Lumpur.

Mengikut berita yang ditulis rumah urut pernah diserbu dan disita tetapi kemudian beroperasi semula. Apakah ini?

Habuan yang diminta sebagai wang perlindungan merupakan bayaran tetap bulanan sebanyak RM1,000 sebulan. Begitu murah maruah agama pegawai-pegawai ini.

Tidak sedarkah wang yang diperolehi akan dibelanjakan untuk diri sendiri, menyara keluarga maka rosaklah seluruh institusi dan negara seterusnya kalau semua penguatkuasa mengamalkan rasuah.

Cuba lihat sejarah, negara itu akan hancur dihujungnya bukan kerana kuatnya anasir luar tapi apabila askar-askar dalam negara semuanya tunduk kepada wang dan inginkan ganjaran buat kepuasan dan ketamakan sendiri akhirnya negara itu dikorbankan sekali.

Kita amat khuatir jika pintu-pintu masuk kita dipegang oleh pegawai rasuah. Anasir luar masuk bukan ikut pintu-pintu haram malah sewenangnya masuk ikut pintu malah yang dikawal rapi sekalipun dengan tanpa rasa curiga kerana semuanya telah dikuasai dengan wang.

Jelaslah, agama dan ketakutan pada Allah swt mesti dititikberatkan berbanding kekayaan dan kemewahan dunia dan seisinya yang memperdaya dengan kesenangan sementara.

Lindungilah kami Ya Allah!

Baca lanjut di: www.msn.com

Hits: 7

This entry was posted in life and tagged , , by Azam Mohd. Bookmark the permalink.

About Azam Mohd

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge