Renungan khasiat kurma Ajwa di kala wabak Covid-19 untuk perhatian

Hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;   “Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Dia menurunkan ubat dan penawarnya”  

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Sabda Rasulullah SAW:   “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwa pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut”

Kurma adalah kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A, juga vitamin C dan juga kandungan antioksida yang tinggi yang memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda;   “Kurma Ajwa berasal dari syurga dan di dalamnya terdapat ubat penangkal racun, menjaga kesihatan dan airnya menyembuhkan penyakit pandangan mata” (Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Menurut Ustaz Mohd Wahid Abd Hanafi (Majalah Solusi #4) penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma telah membuktikan perubatan Islam  yang terkandung dalam Al Quran dan hadis Rasulullah SAW ialah lebih baik dari ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Hits: 17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge