Sugu Pavithra dah dapat income dari youtube setelah kongsi resepi masakan india untuk keluarga

sugu pavithra bakar tilapia
Upload video masak-masak

Masa aku mula-mula tengok video dia, Subscriber baru 100 orang lebih macam tu.

View video pertama ikan talapia bakar dia baru dalam 300 lebih macam tu saja.

Ni 3 bulan yang lalu.

Sekarang subscriber dia dah 100k lebih dah dan setiap video yang dia upload view mesti puluh ribu!

Dia bernama Sugu Pavithra. Suri rumah berbangsa india malaysia yang tinggal di kampung estet kelapa sawit hanya rakam video suka-suka untuk dikongsikan. Tapi dia bukan upload video angkat sawit macam Dimas Pratama.

Tapi dia upload video masakan untuk keluarga sahaja.

Dia fasih berbahasa melayu menjadikan video dia yang rakam menggunakan handphone beli hutang dengan editing biasa-biasa menjadikan ia lebih menarik untuk ditonton.

3 minggu yang lalu, dia dapat surat dari google dimana youtube bayar dari video dia.

Haaa.. Nampak tak? Dah dapat income dari Youtube. Tak perlu pandai youtube sangat pun. Rakam, edit sikit dan upload saja. Tapi kalau malas nak edit sangat boleh upload terus je tanpa edit macam abang nelayan dan driver lori kontena main youtube.

Siapa yang hari-hari masak kat rumah tu, buat satu Channel Youtube dan upload la apa yang korang masak.

Cuma kelebihan Sugu Pavithra ialah dia teruja nak jadi youtuber sebab kawan dia yang juga seorang youtuber juga galakkan dan beri tips yang betul. Lepas tu kawan dia juga bagi tumpang channel beliau untuk mula promo video Sugu Pavithra.

Baca:  Sape kata youtube driving tak banyak view, tak ramai subscriber, baik korang tengok youtube brader Azrul Haiza ni

Tapi Sugu Pavithra juga ada kelebihan, tak caya cuba tengok channel youtube Sugu Pavithra dia boleh lihat gaya penyampaian dan bahasa yang digunakan juga amat tersusun dan kemas lagi dengan tone suara yang sopan memang menarik perhatian penonton.

Sugu Pavithra juga sanggup invest beli smartfon hutang dan gigih usaha untuk rekod semua aktiviti masakan. Berbanding alatan dapur yang biasa dan asas tunjukkan keluarganya pilih priority betul mana nak invest dulu dan content lah yang perlu di utamakan.

Bagi kita yang ada kemahuan seperti ini elok contohi kegigihan nak upload video je pun bukan mudah. Ramai yang terkandas di tengah jalan apabila lihat video youtube tak naik mencanak views dia. Lepas tu stop.

Teruskan upload video.

Tak rugi apa pun. Mana tahu lepas dua tiga bulan upload, boleh dapat duit.

Cumanya kena buat extra effort skit nak bagi orang nampak video kita, belajarlah buat headline dan discription yang betul. Ini tips penting agar kita tidak stuck untuk naikkan views.

Baca:  Cara nak buat video affiliate dengan mudah dan percuma

Baru lah orang jumpa video kita dan tengok.

Belajar buat tajuk video bagi orang jumpa dan tonton agar views video youtube naik dengan lebih banyak lagi.

Sugu Pavithra dia untung sangat sebab baru start Januari 2020 tak sampai 6 bulan dah meletop channel tu sampai masuk berita BERNAMA sebab kawan youtuber dia ada bantu.

Kalau Sugu Pavithra terbaca post ni sudilah kongsi dengan kita siapa kawan dia tu? Boleh pm tepi.. hihi …

Lepas je dia punya channel youtube meletop tau tak apa jadi? Mula-mula BERNAMA interviu, lepas tu ramai peminat hantar alat memasak yang dia pun memang tak mampu nak beli macam oven, air fryer dan macam-macam lagi, ada juga yang hantar bahan masakan dan rempah ratus, yang best ramai buat request agar Sugu Pavithra tunjuk cara masak masakan india.

Tak mustahil lepas ni akan da jemputan ajak dia masuk rancangan memasak. Betul kan. Tidak mustahil. Untung laaa…

Kita yang tak ada orang bantu, boleh dapatkan spesel tips untuk naikkan views video youtube korang.

Macam ni pun boleh meletop jugak nanti, in shaa Allah.

sugu pavithra kari ikan keli
Suami pun masak jugak
sugu pavithra kari ikan
Mak mertua pun join ke
sugu pavithra minta maaf
youtube pun ada bayar gaji tau

Hits: 53

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Popups Powered By : XYZScripts.com