Ringgit jatuh lagi apa persediaan kita?

Masih teringat lagi terngiang-ngiang dalam kepala – orang makan gaji tak boleh mewariskan pekerjaan tersebut kepada anaknya tetapi orang yang meniaga boleh wariskan bisnes kepada anak cucu. Berat…rasa nak pengsan pun ada macam kena pukul. Tapi jap tunggu bila fikir balik, aset kita boleh wariskan. Yelah walaupun makan gaji kenalah tukarkan kelebihan ini untuk menyimpan dan beli aset untuk kegunaan anak-anak nanti.

Cubalah fikirkan ye dalam keadaan ekonomi yang tak menentu dengan banyaknya fitnahnya yang berleluasa kat mukabumi ni terlalu banyak cabaran yang akan menggila dalam masa akan datang. Yang paling takut ialah ancaman halus yang tak nampak serangan akidah dan serangan ekonomi yang tak terkesan dengan mata kasar. Disebutkan juga kepapaan juga boleh menjurus kepada terbuangnya maruah agama. Menakutkan.

BACA:  Kerja kosong sambilan di rumah untuk hasilkan wang tambahan

Kita berharap sangatlah pemimpin agar merujuk kepada pakar dalaman dikalangan umara dan ulama serta tidak terpengaruh dengan aura-aura palsu pakar-pakar ekonomi luar yang berniat nak rosakkan Malaysia ini. Desas-desus yang kita baca dan nampak bukti-bukti bahawa anak-anak Dajjal sudah masuk dan menyusup dalam sistem ekonomi kita sangatlah menakutkan.

Kejadian-kejadian pelik menimpa Malaysia satu demi satu memang sangat mendebarkan. Kita macam tak ada kuasa apa hanya lihat dan tunggu sahaja. Sebenarnya tidak, banyak yang kita boleh buat at least di peringkat keluarga kita. Hadis Nabi saw menyebut di satu ketika tiada apa yang bernilai kecuali emas dan perak. Dah jelas, kalau nak tunggu dan lihat sahaja memang parah generasi akan datang. Simpanlah emas, simpanlah perak kawan-kawan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bukan nak kaya tapi nak sustain.

BACA:  Promosi produk affiliate dengan Youtube

Mana nak cari duit dan simpan emas dan perak? Paling simple, menabunglah. Tak caya cuba sehari seringgit. Itu paling cikai. Gaji tak cukup? Ngam-ngan je bulan-bulan? Buat part time bang. Dapat sikit pun jadi. Tak ada ada masa? Banyak cara nak kumpul duit. Pernah dengar pendapatan pasif? Jangan buat hal sendiri. Cubalah korek-korek info tentang peluang tambah pendapatan. Zaman ini zaman susah. Kita kena mulakan gerak kerja untuk sustainability anak generasi kita akan datang.

Kita boleh sahaja hanya fikir untuk diri sendiri. Lepas kita tak ada, kita kata anak-anak ko carilah duit ko sendiri. Bayangkan dulu lain sekarang lain. Tengok je harga rumah, melambung tinggi melebihi kemampuan gaji nak bayar. Tambahan lagi dengan harga ringgit yang jatuh macam hari ini agaknya bagaimana cabaran nak hidup 10 atau 20 tahun akan datang. Tak boleh nak bayang.

BACA:  3 sebab utama mengapa blog gagal hasilkan wang buat anda

Apa salahnya buat sesuatu untuk survival keturunan kita. Jaga survival mereka bermakna kita menjaga agama Islam kita juga. Kita perlu kendiri dan elakkan bergantung dengan orang luar. Usaha sendiri secara gigih dan istiqamah. Nampak jalan tak? Masih tak nampak?

BILA RAMAI FOLLOWER IKUT, LEBIH RAMAI ORANG NAMPAK PRODUK ANDA DI FB!

NAK TARIK LEBIH RAMAI FOLLOWER AGAR LIKES DAN KOMEN POST PRODUK ANDA?

>> DOWNLOAD CONTOH AYAT POSTING PRODUK MENARIK PERHATIAN ORANG! <<

Klik sini —-> Mulakan usaha tegakkan ekonomi anda hari ini!

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: