Rumah mainan kanak-kanak indoor untuk dijual online

Penulis jemputan: My Little Tots

Ingat lagi dulu-dulu mana ada rumah mainan. Yang ada ialah main pondok-pondok kan. Ambil ranting kayu dan daun-daun guna imaginasi sendiri susun dan hasilkan ‘rumah’. Lepas tu main la masak-masak secara olok-olok haha…

Rasanya sekarang ni bagi yang duduk kampung masih relavan lagi main cara gini sebab nak main kena la main kat luar (outdoor). Aktiviti ni nampak simple tapi cara ni la yang merapatkan hubungan antara jiran. Masih lagi bila dah ralit main tu sampai emak kena panggil balik rumah sebab nak ajak makan tengahari.

Nasib baik main di kejiranan, dekat senang nak panggil balik kalau jauh dah satu hal emak nak cari pun tak tahu ke mana. Zaman sekarang dah beza. Di sesetengah tempat takkan nak biar anak main jauh-jauh almaklum banyak kes-kes yang diingini kes penculikan kanak-kanak begitu mudah terjadi.

Jadi main di rumah adalah lebih selamat. Anak-anak boleh ajak kawan bermain atau anak-anak sesama adik beradik boleh bermain bersama. Bagi mewujudkan suasana main pondok-pondok kita boleh adakan playhouse atau rumah mainan untuk mereka berimaginasi.

Nak lihat rumah mainan kanak-kanak?

Apa yang menariknya apabila anda dapatkan rumah mainan kanak-kanak ini, ianya akan disertakan dengan 100 biji bola.

Rumah mainan kanak-kanak ini tidak seperti rumah mainan yang lain ianya mudah dilipat dan disimpan sekiranya tidak diperlukan buat sementara. Untuk menyimpan bolehlah dimasukkan didalam kotaknya semula.

Bagi saya rumah mainan kanak-kanak ini memang kiut dahla warna pink namanya pula Sweet Shop so memang sweeeet gitu!

Antara sebab kenapa anda patut dapatkan rumah mainan kanak-kanak ini untuk anak-anak, anak saudara, anak jiran atau anak kawan sepejabat misalnya ialah kerana ianya boleh dijadikan sebagai hadiah harijadi bagi menjalin silaturrahim antara kita. Ada banyak sebab lain yang kita boleh fikirkan bersama jika kita fikirkan yang baik-baik saje, in shaa Allah.

My Little Tots adalah pembekal secara online pelbagai barangan baby dan kanak-kanak dengan harga berpatutan. Tempahan di My Little Tots boleh dibuat melalui Facebook My Little Tots.

Hits: 0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge