KepokLekor.com Copywriting
Everything Is Nothing Unless I Do Copywriting
saham

Saham Hartalega, Saham Top Glove Meningkat Susulan WHO Isytihar COVID-19 Sebagai Pandemik

Sharing is caring

Sumber; Astro Awani

Saham Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corporation Bhd, syarikat pembuat sarung tangan getah, diniagakan tinggi hari ini selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan COVID-19 sebagai pandemik.

Setakat malam tadi, lebih 120,000 orang di 114 negara di seluruh dunia telah disahkan dijangkiti COVID-19 dengan Malaysia mencatatkan 149 kes.
Public Investment Bank menerusi nota penyelidikannya berkata Kementerian Kesihatan telah bekerjasama dengan makmal swasta untuk menyediakan perkhidmatan ujian diagnostik COVID-19 kepada individu yang tidak dikategorikan sebagai pesakit mengikut kriteria pemeriksaan.

Baca:  Belajar Cara Main Saham Biarlah Dengan Teknik Yang Betul

IHH dan KPJ merupakan antara yang terpilih untuk melaksanakan perkhidmataan atas permintaan tersebut di peringkat tempatan.
“Secara keseluruhan, kami positif dengan perkembangan ini walaupun sumbangannya masih kecil kepada keseluruhan perolehan penyedia penjagaan kesihatan itu pada masa ini,” menurut kenyataan itu.

Firma penyelidikan berkenaan juga memberi saranan ‘overweight’ ke atas sektor penjagaan kesihatan.

‘Overweight’ bermakna saham itu akan mencatatkan prestasi baik bagi tempoh akan datang dan menawarkan nilai lebih baik bagi wang.

Baca:  Saham Top Glove Antara Saham Paling Untung di Bursa Malaysia

Pada 10 pagi, saham Hartalega meningkat 18 sen kepada RM6.66 dengan 3.43 juta saham diniagakan manakala Top Glove melonjak 37 sen kepada RM6.65 dengan 8.60 juta saham bertukar tangan.

Saham IHH bagaimanapun turun dua sen kepada RM5.57. – BERNAMA

Baca: 5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Anda Dalam Saham

 

NAK TAHU AYAT PROMOSI APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> MUAT TURUN CONTOH AYAT PROMOSI PERCUMA! <<

 

 

Hits: 3

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge