saham

Saham Top Glove Antara Saham Paling Untung di Bursa Malaysia

Sharing is caring

Sumber: Bernama

Saham Top Glove Corporation Bhd telah muncul sebagai syarikat ketiga terbesar di Bursa Malaysia, mengatasi saham Tenaga Nasional Bhd (TNB), apabila permodalan pasaran syarikat pembuat sarung tangan itu meningkat kepada RM64.73 bilion ketika ditutup hari ini.

Pada 5 petang, saham Top Glove ditutup 9.5 peratus atau RM2.08 lebih tinggi pada RM24 dengan 32.6 juta saham diniagakan.

Kaunter itu mencapai paras tertinggi pada RM24.50 hari ini, dan kini ia berada di belakang dua saham teratas daripada segi permodalan pasaran – Maybank (RM88.7 bilion) dan Public Bank (RM71.9 bilion).

Sementara itu, nilai pasaran TNB adalah RM64.58 bilion pada penutup dagangan hari ini.

Pengerusi Top Glove, Lim Wee Chai berkata pembuat sarung tangan terbesar di dunia itu mensasarkan untuk membina dua kilang setiap tahun untuk memenuhi permintaan global bagi sarung tangan getah dalam industri perubatan dan tahap kesedaran mengenai kebersihan yang meningkat di kalangan orang ramai berikutan penularan Covid-19 .

Baca:  Beli Saham Top Glove Susulan Terbitan Bonus Lonjak Harga Saham Top Glove

Beliau berkata syarikat itu kini mempunyai 45 kilang dan daripada jumlah itu sebanyak 34 adalah kilang sarung tangan dengan 700 barisan pengeluaran yang mempunyai kapasiti untuk membuat sebanyak 78.7 bilion sarung tangan setahun.

Top Glove juga kekal terbuka untuk penggabungan dan pengambilalihan, usaha sama serta peluang kepelbagaian.

Dalam nota hari ini, Kenanga Research berkata ia telah menaikkan harga sasaran Top Glove kepada RM32, dengan mengambil kira sasaran pengurusan bahawa purata harga jualan sarung tangan pada bulan Ogos ditetapkan menjadi 30 peratus lebih tinggi bulan ke bulan berbanding sasaran sebelumnya sebanyak +10 peratus

Baca:  Saham Hartalega, Saham Top Glove Meningkat Susulan WHO Isytihar COVID-19 Sebagai Pandemik

MIDF Research berkata ia menjangkakan pengeluaran Top Glove akan meningkat sebanyak 36 peratus daripada 73.8 bilion keping pada suku ketiga 2020 kepada 100.4 bilion keping pada suku keempat 2021.

Justeru, ia meningkatkan saranan ‘beli’ saham Top Glove daripada ‘Neutral’ dengan harga sasaran yang disemak semula sebanyak RM26.12 sesaham daripada RM17.30 sebelumnya.

Sementara itu, AmBank Research percaya bahawa momentum kenaikan saham Top Glove akan terus meningkat pada harga sasaran seterusnya pada RM24.82 dan RM26.62 kerana saham telah melonjak mengatasi tahap rintangan pada RM20.16 dengan jumlah dagangan yang tinggi.

Baca: 5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Anda Dalam Saham

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH AYAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 14

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge