Sediakan pendapatan pasif sebagai back up untuk survival bisnes internet anda

Pendapatan pasif, sila pertimbangkan cabang perniagaan ini. Ianya ibarat tabung amanah trust fund yang anda join ia memberi pulangan walaupun sedikit tapi tetap konsisten walau anda tak buat apa pun. Buat sekali pendapatan berkali-kali.

Kenapa hari ni tiba-tiba saya nak cerita pasal ni? Sebenarnya saya tak mahu cerita panjang kerana takut tak sampai maksudnya. Saya beri contoh blog ini. Blog yang sedang anda baca ni ya. Tahukah anda blog ini perlu saya bayar sewa hostingnya setiap tahun. Sekiranya saya tiada pendapatan yang boleh diperolehi sepanjang tahun dengan berniaga di internet maka blog ini akan dibayar dengan duit gaji hasil makan gaji.

BACA:  Nak bisnes tapi tak suka menjual?

Tak ada maknanya kerana blog ni boleh mendatang income tapi perlu dibiayai dari sumber luar. Jadi blog ini saya gunakan untuk promosi produk afiliate, produk fizikal sendiri dan lain-lain. Ini adalah hasil dari bisnes aktif. Namun sebagai back up sekiranya tiada hasil dari jualan, saya juga usahakan sumber pendapatan pasif seperti iklan Adsense dan Mobicow. Program macam gini tak perlu menjual. Sekali pasang je. Set and forget. Hasilnya akan terus masuk selagi ada klik.

BACA:  Cara memulakan bisnes online untuk tambah pendapatan

Walaupun hasilnya ciput tapi dah sah-sah hujung tahun memang hasil ini akan cover hosting. Barulah blog ni sustainable atau ada bajet sendiri. Jadi itu hanya contoh bisnes blog belum contoh yang lain lagi. Jadi kadang orang takut nak sewa hosting nak buat website dan blog sebab tak ada back up plan. Sebagai entiti bisnes mudah saja, kutip wang semasa untung. Bila tak ada income masyuk, tutup je blog terus. Macam itu juga bisnes offline, nak cover rugi, tutup je kedai.

BACA:  Peluang perniagaan bulan puasa Ramadhan

BILA RAMAI FOLLOWER IKUT, LEBIH RAMAI ORANG NAMPAK PRODUK ANDA DI FB!

NAK TARIK LEBIH RAMAI FOLLOWER AGAR LIKES DAN KOMEN POST PRODUK ANDA?

>> DOWNLOAD CONTOH AYAT POSTING PRODUK MENARIK PERHATIAN ORANG! <<

Jika sayangkan bisnes, cari back up plan awal-awal supaya bisnes anda survive sampai bila-bila, in shaa Allah.

 

Klik sini —> Pendapatan bisnes back up atau kecemasan

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: