Sentap perhatian pelanggan dengan ayat power beracun masa buat promosi produk

Ayat power beracun!

Apa reaksi anda apabila baca ayat kat atas?

Pasti teruja, betul kan.

Begitulah peranan ayat iklan.

Ia mesti mampu menarik perhatian pelanggan.

Jika tidak, jangan harap anda boleh paksa pelanggan baca iklan yang anda tulis apatah lagi nak beli produk yang anda promosikan.

Tarik perhatian satu hal, nak pujuk pelanggan beli satu hal yang lain.

Jadi anda perlu letakkan diri anda dalam diri pelanggan untuk memahami psikologi pelanggan.

Tahukah anda sememangnya ada perkataan-perkataan tertentu yang memang telah teruji secara psikologi mampu membuat pelanggan ingin tahu, ingin lihat dan ingin kaji apa yang cuba diiklankan.

Perkataan-perkataan inilah yang digunakan oleh salesman online untuk mereka membuat promosi.

Dan ilmu penghasilan ayat iklan ini ada ahlinya atau pakarnya yang dipanggil ilmu copywriting.

Walaupun kita bukanlah pakar tetapi sebagai peniaga kita mesti tahu serba sedikit untuk membuat ayat iklan supaya kita boleh menjual.

Bisnes bukan bererti modal besar, bisnes besar, kedai besar tapi tiada strategi pemasaran dan hanya mengharapkan orang masuk kedai, harapkan orang masuk fb, masuk website atau blog dan sebagainya tanpa kita melakar stretagi yang kukuh.

Apa strateginya?

Strateginya, bagaimana nak tarik pelanggan, bagaimana nak pujuk pelanggan beli, bagaimana nak capture pelanggan yang tak beli, bagaimana nak follow up pelanggan yang tak beli, bagaimana nak close pelanggan agar beli hasil dari follw up tadi, bagaimana nak reward pelanggan dan pelbagai lagi.

Jadi semua ini perlu kita fikirkan bagi mengukuhkan strategi bisnes supaya ianya boleh bertahan lama.

Apa yang penting pelajari semua ini step by step ikut kemampuan dan kemajuan bisnes kita.

Jadi, mula-mula sekali jadikan diri kita pakar dalam menulis ayat power menarik perhatian pelanggan terlebih dahulu.

Hits: 38

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge