self improvement

Sepatutnya Baca Doa Ini Dahulu Selepas Solat Dhuha

Sharing is caring

Lazimnya sebaik sahaja solat sunat dhuha 2 rakaat kita akan terus baca doa dhuha. Walaubagaimanapun, tahu tak bahawa isteri Rasullullah saw iaitu Aisyah r.a. meriwayatkan Rasullullah ada membacakan satu doa yang lain dan ianya di baca sebanyak 100 kali selepas solat sunat dhuha.

Secara kebiasaan apabila selesai solat sunat dhuha doa yang kita baca adalah,

Allahumma Innadh Dhuha-A Dhuha-Uka
Wal Bahaa-A Bahaa-Uka
Wal Jamaala Jamaaluka
Wal Quwwata Quwatuka
Wal Qudrata Qudratuka
Wal Ishmata Ishmatuka

Allahuma Inkaana Rizqi Fis Samma-I Fa Anzilhu
Wan Inkaana Fil Ardhi Fa-Akhrijhu
Wa Inkaana Mu’asiran Fayassirhu
Wa Inkaana Haraaman Fathahhirhu
Wa Inkaana Ba’idan Fa Qaribhu
Bihaqqiduhaa-Ika Wa Bahaaika
Wa Jamaalika Wa Quwwatika Wa Qudratika
Aatini Maa Ataita Min’Ibadikash Shalihin

Maksudnya,

Ya Allah
Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-MU
Kecantikannya Kecantikan-MU
Keindahannya Keindahan-MU
Kekuatannya Kekuatan-MU
Kekuasaannya Kekuasaan-MU
Perlindungannya Perlindungan-MU

Ya Allah
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh, dekatkanlah
Berkat waktu Dhuha
Kecantikan-MU, keindahan-MU
KekuatanMU, kekuasaanMU
Limpahkan kepadaku segala
Yang Engkau telah limpahkan
Kepada hamba-hamba-MU yang soleh

Namun apa yang diriwayatkan oleh Rasulullah adalah membacakan doa yang seperti ini,

‘Allahummaghfirlii watub alayya, innaka antat tauwwabur rohim’ (sebanyak 100 kali)

Maksudnya, ‘Ya Allah, ampuni segala kesalahanku, terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Maha penerima taubat’.

Kenapa nak taubat dulu? Sebabnya ada diterangkan dalam Surah Huud.

‘dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi nikmat yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat’. (Surah Huud : 3)

Istighfar dahulu, nanti kami akan lancarkan segala rezeki & urusan hidupmu. Beginilah cara berinteraksi dan meminta dari Allah swt ikut adab yang tertib.

Dosa itu penghalang rezeki. Minta ampunlah kepadaNya. In shaa Allah rezeki akan mengalir lancar kerana ‘penyumbat’nya telah dialihkan.

 

NAK TARIK LEBIH RAMAI FOLLOWER AGAR LIKES DAN KOMEN POST ANDA?

>> TIPS NAK TARIK FOLLOWERS <<

 

 

Hits: 27

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge