Siapa ‘Enrique Melaka’ Pelayar Melayu Pertama Mengelilingi Dunia

Kisah Magellan yang mempunyai seorang tawanan Melayu yang tidak diketahui nama sebenarnya. Namun, dalam catatan sejarah tawanan Melayu itu dikenali sebagai Enrique Melaka. Dia, sentiasa menemani dan menjaga Magellan semasa misi ke Maluku, yang akhirnya dia mencatat sejarah sebagai orang melayu pertama yang berjaya mengelilingi dunia.‚Äč

Daripada sumber bacaan, Enrique Melaka asalnya bekerja dengan Sultan Melaka dan ditawan sebagai hamba apabila Portugis berjaya mengalahkan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511. Semua tawanan di paksa untuk masuk kristian atau mesti keluar dari Melaka. Enrique Melaka juga dikenal sebagai Panglima Awang Hitam.

Kita wajib tahu sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan belajar serta ambil iktibar kerana dari kerajaan Melaka maka terbongkar lah kekuatan bangsa Melayu yang sebenar yang sebenarnya telah pun ada sebelum Islam datang ke Tanah Semenanjung Melayu lagi. Kerajaan Melayu telah ujud sebelum Melaka dimana Melaka adalah kemuncak dimana sultan memeluk Islam dan menganjurkan rakyat memeluk agama yang sama.

Walaubagaimanapun, tamadun Melayu itu memang sudah maju sebelum ujudnya kerajaan Melaka dimana ianya bertaburan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Antaranya keilmuan yang telah pun ada dan termaju adalah ilmu pelayaran. Orang Melayu sudah ada teknologi pembuatan kapal dan penggunaan kompas bermagnet malah dijumpai peta yang agak tepat bagi membantu pelayaran orang Melayu sewaktu itu.

Sebenarnya tidak hairan, Panglima Awang Hitam yang ditawan dipaksa untuk membantu Ferdinand Magellan untuk mengemudi pelayarannya ke Filipina kerana orang Melayu sudah biasa berlayar dengan peralatan dan teknologi yang dipunyai berbanding orang Sepanyol dan Portugis yang baru keluar dari zaman kegelapan dan banyak mengorek rahsia ilmu pelayaran dengan mengupah orang lain untuk membantu mereka.

Kisah Panglima Awang Hitam ini juga ada diceritakan dalam buku berjudul Rahsia Penaklukan Melaka 1511 yang menceritakan kisah di sebalik tumbangnya kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis.

Memang menarik!

Hits: 7

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge