tips

Sikap positif ibu hasilkan anak yang hebat

Sharing is caring

Doa ibu adalah mustajab.

Positif ibu maka positif lah anak.

Sebagai ibu penting bagi anda bersikap positif anak kelak menjadi hebat.

Ibaratnya kisah Thomas Edison.

Ibunya tenang dan tidak gopoh gapah malah sangat tabah serta bijaksana.

Alkisahnya, pada suatu hari Thomas Edison balik dari sekolah dan menyerahkan sekeping nota kertas kepada ibunya.

Beliau menyatakan nota itu adalah dari guru dan menyuruh beliau serahkan kertas itu kepada ibunya.

Ibunya kemudian membaca surat itu dengan kuat sambil menitiskan airmata.

Surat itu memberitahu lebih kurang begini, “Anak anda tersangatlah genius bagi bersekolah di sebuah sekolah yang kecil dan serba kekurangan dari guru yang terlatih. Oleh yang demikian seeloknya anda mengajar anak itu sendiri dirumah.”

Baca:  Kenapa kereta tiada pick up

Selama bertahun lamanya setelah kematian ibu Thomas Edison, beliau telah menjadi seorang pencipta yang sangat berjaya.

Kemudian secara tak sengaja pada waktu mengemaskan almari beliau terjumpa semula surat yang telah ditulis oleh gurunya dulu.

Alangkah terkejutnya apabila dibaca surat tersebut berlainan isinya berbanding dengan apa yang dibaca oleh ibunya dulu.

Surat itu sebenarnya ditulis begini, “Anak anda mempunyai pemikiran yang sangat lemah, oleh itu kami tidak lagi benarkan dia hadir ke sekolah. Dia telah dibuang sekolah.”

Baca:  Hakikat kehidupan adalah ujian

Thomas Edison berasa sangat sedih dan kemudian menulis dalam diarinya, “Saya adalah seorang yang bodoh namun ibunya telah menukarkannya menjadi seorang yang genius.”

Begitulah hebatnya anggapan positif yang boleh membaiki nasib seseorang menjadi ke arah yang lebih cemerlang.

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 1

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge