Stay home, stay safe, kerja dari rumah bagi mematahkan rangkaian jangkitan covid 19

Kerja dari rumah bukan asing bagi sesetengah kerjaya. Pernah seorang jiran yang menyewa rumah berdekatan mengaku bekerja dengan sebuah syarikat di Australia walaupun beliau hanya duduk di satu kawasan taman perumahan di Selangor. Itu buktinya yang pernah ditemui malah sebenarnya ada ramai yang yang begitu.

Apatah lagi di waktu kecemasan wabak covid 19 yang merbahaya ini sudah tentu kerja dari rumah adalah sangat membantu. Syarikat amat memerlukan pekerja dengan upah yang rendah dan pekerja perlukan sesuap nasi tanpa perlu keluar dedahkan diri kepada wabak.

Baca:  Kenapa haiwan liar melata diharamkan makan, ini hikmahnya bila terjadi outbreak jangkitan coronavirus yang ditakuti

Malaysia kini dijangkiti wabak dan arahan kerajaan mewajibkan rakyat duduk di rumah bagi mematahkan rangkaian jangkitan virus jadi adaah menjadi satu keperluan untuk bekerja dari rumah.

Antara kerja dari rumah yang boleh dilakukan adalah dengan menulis. Kerja menulis ini boleh dijalankan secara freelance atau bekerja tetap dengan sesebuah produksi, itu terpulang kepada kita sendiri. Bagi yag tidak suka terikat eloklah menulis secara freelance dan berkhidmat dengan ramai orang. Malah kerjaya seperti ini boleh terus berjalan walaupun wabak covid 19 sudah tamat.

Baca:  Hapuskan kulit berminyak seawal 7 hari dengan zaitun dan habbatus sauda
<

Ada banyak lagi kerjaya yang sesuai yang boleh dijalankan dari rumah tapi tak semua jenis kerja sesuai. Oleh itu cari kerja yang sesuai dengan kehendak dan kerelaan hati kerana tanpa kesesuaian kerjaya tersebut mungkin tak akan bertahan lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge