Strategi jawab pm pelanggan di fb untuk hasilkan jualan

Ramai yang beranggapan begitu mudah untuk mulakan bisnes di fb. Kemudian mereka berasa kecewa kerana hasil yang di jangkakan tidak tercapai malah kerugian pula tu.

Oleh yang demikian, sebelum memulakan bisnes anda mesti melakukan research terlebih dahulu dan jangan mudah percaya dengan kata orang dan janji-janji manis sehinggalah anda sendiri membuat trial dan lihat sendiri keputusan awal sebelum pergi dengan lebih jauh.

Tujuan saya pula ini bukanlah pula nak menakutkan anda yang berminat nak mulakan bisnes di fb tapi ingin mengingatkan anda agar membuat persediaan mental sebelum berfikir untuk bermula agar bila anda melalui liku-liku dalam berbisnes anda sudah bolah terima dan anggap ujian tersebut sebagai cabaran yang biasa dan bukannya batu penghalang yang mambuat anda berputus asa dan berhenti terus.

Anda perlu sedar dalam setiap peringkat pasti akan ada step-step yang perlu anda lalui dan selesaikan masalah yang timbul. Antaranya bila anda mahu memulakan perlulah di buat kaji selidik nak jual barang apa dan apakah sambutan barang tersebut di pasaran. Kemudian anda perlukan platform fb untuk promosi. Fikirkan design dan jenama yang sesuai. Seterusnya perlulah fikir bagaimana nak tarik trafik atau nak tarik pelanggan untuk melawati fb anda. Bagaimana pula untuk menarik perhatian mereka untuk membeli.

BACA:  Wang tambahan hasil jual ebook masuk lagi

Bukan semua pelawat akan tertarik jadi perlu ada strategi untuk menarik perhatian. Kemudian sebahagian yang tertarik tadi akan menginginkan maklumat lanjut. Ini kerana mereka perlu puaskan hati mereka terlebih dahulu sebelum membeli. Tak semua yang pm atau komen akan membeli. Mereka akan mula-mula window shopping kemudian risik-risik sebelum membeli.

Kat sini timbul satu lagi cabaran bagaimana nak meyakinkan mereka agar membeli dari anda. Pasti anda tahu terdapat ramai penjual yang mungkin menjual produk yang sama dengan anda. Di peringkat akhir inilah yang agak kritikal yang akan menentukan segala penat lelah anda akan berbaloi. Strategi jawapan kepada komen atau pm pelanggan di fb adalah sangat penting. Jawapan yang memuaskan pelanggan akan dipilih sebagai tempat yang akan mereka pilih untuk membuat pembelian.

BACA:  Pendapatan tambahan secara sambilan di rumah - benar atau palsu?!

Adakah anda sudah bersedia dengan semua senjata pemasaran bagi memastikan produk anda akan terjual? Buatlah persediaan dari sekarang!

[1-click-image-ranker]

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: