Cara Tulis Ayat Promote Yang Power

Apa nak buat kalau anda punya iklan ataupun apa yang anda tulis tu kurang mendapat respon dari orang.

Tak dapat like.

Tak dapat share.

Tak ramai orang yang menghubungi anda.

Jangan risau tips ini akan membantu ramai usahawan, peniaga macam kita ni.

Kita selalu suka bercakap tentang diri kita sendiri. So kita selalu suka cerita pasal produk kita atau servis kita. Kita rasa mungkin cara ni betul tapi sebenarnya cara ni, agak silap.

Cara yang saya nak cadangkan adalah, buat mereka rasa yang mereka perlukan produk atau servis kita dahulu. Barulah kita cerita pasal produk kita.

Caranya adalah dengan menyatakan apakah masalah yang diorang ada. Contohnya kalau saya ada kereta. Saya takkan terfikir untuk beli kereta baru. Melainkan kereta yang saya ada sekarang ni dah mula berbunyi-bunyi ataupun dah mula buat hal.

Okay saya akan bagi satu contoh.

Katakan kita jual karipap. Biasanya orang yang jual karipap dia akan cerita pasal produk dia dulu. Contohnya dalam iklan Facebook dia akan tulis karipap sedap, hubungi saya di nombor ini untuk tempahan. Itu ayat yang biasa.

Jadi kita tukar sikit ayat kita bermula dari masalah. Contohnya susah nak cari kapipap yang sedap? Baru kita sambung dengan ayat yang seterusnya tadi. untuk dapatkan karipap sedap. Sila hubungi saya di nombor sekian sekian untuk tempahan.

Okay satu lagi tips adalah macamana kita nak bagi orang tu senang menghubungi kita. Salah satu rahsia nak buat orang senang hubungi kita adalah merendahkan atau mengurangkan risiko dia.

Sebagai contoh kita bagi satu benda yang free. Benda yang percuma yang diorang boleh try dulu. Jadi ayat kita ubah lah sikit. Saya ulang semula ayat sekali lagi. Susah nak cari karipap yang sedap? Dapatkan karipap yang sedap dengan inti daging yang banyak. Hubungi saya di nombor sekian untuk dapatkan testing percuma, atau untuk dapatkan rasa percuma.

Dapat ke dapat?

PERCUMA: Ayat promot power yang boleh tarik pelanggan

Hits: 40

Tips mudah tulis artikel yang dilupakan

Bapak mudah je tips menulis ni.

Tapi selalu lupa.

Bukan lupa pun.

Malas yang sebenarnya.

Nak income tapi malas.

Apa ke hal?

Memang tak bertanggungjawab.

Kau ingat kau bos ke.

Suka-suka hati je nak tulis cincai ni!

Tulis boleh cincai tapi satu je jangan lupa.

Apa dia?

Trik dia tulis la banyak skit.

Sikit tu banyak mana.

Tiga ayat ke.

Tak susah mana pun, 3 ayat tu melampau dah la.

Boleh cincai tapi TULIS LA 300 PATAH PERKATAAN.

Yang ni pun nak bagitau ke.

Berat.

Apa nak tulis 300 tu.

Tulis la apa saja.

Janji 300 tapi kalau lebih lagi bagus.

Berat. Memang berat.

Mana ada orang nak membebel kena fikir 300 baru nak tulis.

Itu baru 300 kalau nak lebih macamana.

Kenalah kreatif.

Sebab tu siapa yang kreatif dia untung.

Macam-macam boleh buat.

Konten atau content in English is power.

Kreatif dan konten perlu ada bagi siapa yang nak excellent.

Orang cakap sepatah dia cakap sepuluh.

Member ada satu point dia dah sedia 30 point.

Mungkin dalam kepala ada 3-4 point je tapi dia punya goreng habis hangus tapi kembang jadi 15 point.

Bukan ke hebat.

Jangan sampai menipu udah lerrr.

Bakat nak membanyakkan tulisan ini perlu dipupuk.

Dia bukan sejak lahir tiba-tiba je dah ada.

Tak semua orang ada.

Jika minat pupuk minat tu secara berterusan.

Masalah kadang ialah takde minat tapi nak income.

Itu yang menulis tak kena gaya tapi yang vital cukup 300.

Jika tak ada idea macamana nak cukupkan?

Membebel lah.

Mari membebel.

Terus membebel.

Masuk apa-apa je janji cukup 300.

Jangan strict sangat.

Susah strict sangat ni.

Nanti semua tak jalan.

Menulis ni dia……

Jika rasa tak jalan, semua yang lain tu macam terhenti.

Promosi stop.

Trafik drop.

Blog mati.

Nak hidup balik susah.

Kena banyak berkorban nak tulis ni.

Ni je pun tulis awal pagi bangun semata nak update blog 4.29 am!

Tak caya cuma tanya siapa yang pernah buat tesis.

Data ada nak tulis….berraaattt.

Baik tesis diploma, degree, master, PhD fuh dia punya dugaan tinggi nun.

Nak tulis je pun.

Berat ke pen tu.

Tak berat pun.

Hati yang berat.

Siapa yang nak income takde alasan nak malas-malas menulis.

Tepuk dada tanya iman.

Meh sini nak tunjukkan cara menulis artikel yang betul, jika berminat la.

Hits: 77

Contoh ayat review instagram

Pemasaran Instagram dengan ayat review berkesan merupakan antara pilihan terbaru bagi yang meniaga online.

Ramai yang terlepas pandang teknik ini.

Mungkin juga ada yang skeptikal terhadap instragram bolehkah guna, sesuaikah guna, nampak tak meyakinkan dan macam macam keraguan lagi.

Bagi yang dah muak dengan media sosial sedia ada dan terdesak nak dapat sale sepatutnya dah cuba explore media sosial yang baru.

Apabila dah selalu sangat orang guna Facebook jadi baik juga bagi yang baru nak mula bisnes dengan mencuba dengan instagram.

Asalnya instagram adalah sosial media untuk kita share gambar.

Oleh itu kita kena bijak untuk menggunakan kelebihan ini untuk ambil kesempatan memuat naik gambar-gambar berkaitan produk kita bagi tujuan niaga.

Walaubagaimanapun, sepertimana Facebook juga terpulang pada peniaga memanipulasikan feature FB samada dengan menggunaan gambar atau review produk semasa aktiviti promosi dijalankan.

Sama juga dengan instagram, gambar menceritakan seribu bahasa tapi kita juga boleh selang selikan dengan review bergambar.

Ayat review ni ramai yang masih belum mampu buat.

Selalunya peniaga upload gambar tanpa ada apa kata-kata.

Ataupun kata-kata tu cumalah sepatah dua kata nampak macam hilang idea pun ada.

Nama pun sosial media walaupun online kita perlu masih berinteraksi dengan pelanggan.

At least kena ada ayat call to action atau ayat engagement.

Ini memastikan yang akaun instagram kita itu live dan bukan stagnant ibarat patung yang merenung tapi langsung tak nampak interaksi atau setidaknya usaha untuk berkomunikasi.

Sebenarnya saya nak share satu rahsia.

Jika tak dapat nak tulis panjang-panjang pun ayat review instagram cukup kalau anda fokus pada caption dan hashtag yang betul.

Kita pun tau nak fikir apa nak tulis memang akan ambil masa sedangkan kita perlu buat promosi sekerap mungkin.

Kalau nak tunggu ayat review tu keluar silap silap kita pun dah give up.

Itulah setidaknya jangan abaikan caption yang memukau.

Manakala hanshtag pula pilihlah yang betul dan berkaitan.

Gunakan hashtag yang popular.

Serach feature untuk instagram ialah menerusi hashtag.

Tanpa hashtag yang betul orang tak akan temui akaun insta anda.

Akhir kata, balik kepada ayat review instagram inilah yang buat pelanggan tersangkut nak beli dari kita. Hashtag hashtag juga tapi bila pelanggan dah jumpa akaun IG kita pemasaran instagram lah yang akan jadi penentu samada pelanggan nak beli atau tidak.

In shaa Allah.

Baca: Strategi Terbaru Lajukan Sales Guna Instagram

Hits: 1181