Sape kata youtube driving tak banyak view, tak ramai subscriber, baik korang tengok youtube brader Azrul Haiza ni

Abang ni kerja dia bawak lori kontena hari-hari. Dan setiap hari dia rakam perjalanan dia bawak lori kontena sambil membebel hal isu semasa.

Boleh tahan juga mulut abang ni pok pek pok pek.

Dia ibaratkan youtube ni diari dia. Dia edit sikit-sikit dan upload perjalanan dia bawak lori kontena.

Bukan semua orang tahu bagaimana kehidupan orang bawak lori kontena ni.

Disebabkan dia rajin rekod dan upload serta tak tak peduli pasal view dan subscriber, sedar tak sedar dia dah upload sebanyak 567 video!

Konsisten beb! Edit pun pakai Kinemaster yang percuma saja.

Dia sambil memandu sembang tak kosong. Ada saja cerita dia. So dia ada konten nak disampaikan.

Headline dia cantik, thumbnail dia juga buat orang rasa nak klik.

Korang yang buat kerja hari-hari tu, apa kata upload kat youtube. Kongsikan apa yang korang buat.

Dalam masa yang sama, belajar hasilkan tajuk, description dan thumbnail yang betul.

Barulah video kita orang nampak dan akan KLIK untuk TONTON.

Kalau korang nak jadi youtuber baru buat 10 video youtube tak banyak view, tak ramai subscriber dah give up, baik korang tengok brader ni.

Hits: 15

Nak buat youtube tapi tak pandai nak edit bukan alasan bagi Sazali Adam Bahar yang giler memancing

video mancing sembilang
Upload video mancing pun jadi

“Nak buat youtube tapi tak pandai nak edit laaa…”

Ramai jugak yang aku jumpa bagitau macam ni.

Siapa kata kena pandai edit untuk mula buka Channel Youtube?

Ada video lelaki nelayan ni aku tengok. Dia upload video dia tangkap ikan lah, tangkap ketam lah.

Video dia haram tak edit.. Apa yang dia rakam, itu yang dia upload.

View video dia PULUH RIBU ke RATUS RIBU weyhh..

Audio pun out. Tengok berapa subscriber dia sekarang?

Sekarang dah pandai edit sikit berbanding awal dulu.

Aku rasa income dia kat youtube lagi banyak dari dia tangkap ikan.

Rakam dan upload saja untuk permulaan.

Nak daftar login pun pakai GMAIL sahaja. Lepas tu dah boleh masuk setup channel.

Upload gambar profile. Banner letak je apa pun dulu.

Lepas tu upload video. Masukkan Headline dan Description. Then upload.

TAPI untuk buat orang tau video kita upload ni, buatkan Headline dan Description yang menarik perhatian.

Barulah view naik.

Belajar la skit nak buat views video naik ribu riban kan.

video mancing udang
Video menjaring udang ketam
video mancing pari
Video pari peli ada 69k views perghhh

Hits: 65