Buat Headline Padu Untuk Ayat Promote Produk dan Roketkan Bisnes Anda

Dalam dunia pengiklanan, headline adalah satu elemen yang sangat penting.

Tanpa headline yang kuat, orang tak akan berhenti untuk membaca iklan kita. Sia sia segala yang kita tulis dalam copywriting kalau headline kita tak bagus.

Sebenarnya, headline ni merupakan 80% daripada keberkesanan iklan kata David Ogilvy iaitu seorang legenda marketing.

Langkah seterusnya apabila dah buat headline, anda perlu test kepada market.

Mula kan buat split test headline terhadap iklan dan setiap hari lancarkan lah 10 iklan yang kita test untuk melihat iklan mana yang paling menarik minat prospek.

Jika kita nak berniaga, kita mesti beriklan. Dan jika kita nak beriklan, kita mesti agresif dengan pengiklanan kita.

Sebab itulah kita kena test, test dan test iklan kita. Dan test yang paling mudah untuk dilakukan ialah test dengan menukar headline.

Dalam beriklan, bila perlu tukar apa-apa elemen dalam iklan, cuba dan cuba tukar 2 benda iaitu headline dan introduction.

Cuba buat 100 headline kerana bila nak test iklan nanti, anda tak perlu tergaru garu nak cari headline. Nak buat headline ni bukan mudah sebab tu kita kena jadikan kerja membina headline ni sebagai satu agenda.

Bila kita dah siap 100 headline, in shaa Allah keperluan pengiklanan kita untuk masa depan mendatang sudah selesai.

Ada headline yang kita guna, ada yang tak dan ada headline yang kita guna berkali kali bergantung kepada keberkesanan. Dan bagi headline yang kita dah detect berkesan kita guna berkali kali ni dalam banyak keadaan kita akan edit sikit-sikit supaya lebih bersesuaian dengan keadaan.

Siap sedialah dengan 100 koleksi headline sila gunakan dalam iklan secepat mungkin, jangan biarkan dia terperap begitu saja tanpa digunakan sebab rakan2 dah berusaha keras untuk siapkan headline tu.

Jangan ingat bila sekali buat posting iklan kira dah menjadi ya.

Bila berbisnes kena mengiklan. Bila mengiklan kena agresif. Sebelum boleh agresif kita kena test mana senjata yang tajam. Tajam senjata 80% terletak pada headline. Buat split test sehingga jumpa senjata tajam tu dan gunakan berulangkali.

Targetlah untuk mampukan diri anda untuk post iklan setiap hari/jam/minit guna senjata yang tajam tu.

Kalau senjata tu dah tajam, jangan pula run iklan hanya sekali sehari , rugilah senjata tajam disimpan dalam almari. Senjata tajam mesti dibawa berperang.

Binalah funnel supaya boleh menerima limpahan leads yang banyak hasilkan jualan dari posting iklan tu.

Jangan risau kalau hari ni belum ada result yang gempak lagi, jangan tengok posting orang kat fb. Diorang semua tu banyak yang propa aje, parcel belum pos pun diambil gambar supaya orang ingat dia berjaya.

Anyway kalau parcel dia sikit atau banyak pun, ia tak mengubah situasi kita. Kita still kena usaha keras untuk ubah nasih diri. Teruskan usaha tanpa jemu.

Buat sampai jadi.

Sebelum tu hasilkan 100 headline dulu sebagai persediaan peluru nak pergi berperang dengan ayat iklan promosi yang power. Kemudian design funnel yang menguntungkan supaya boleh menerima 8limpahan leads yang banyak hasilkan jualan dari posting iklan tu.

Hits: 1474

Rara Lekor Bangi guna storytelling untuk promosi rahsia formula keropok lekor asli Terengganu tarik ramai peminat fanatik keropok lekor asli

rara lekor bandar baru bangi
Posting viral Rara Lekor

Korang cuba perati story selling yang mengancam kat bawah ni.

Ni yang buat aku marah ni!

Punya lah setiap bulan wife aku ajak pergi Terengganu, dekat sini ada punya lah kami tak perasan!

Kalau macam ni, hari-hari pun boleh datang.

Brader ni berseloroh dengan kami. Ingatkan apa lah brader ni nak marah.

Mana taknya, wife brader ni suka makan keropok lekor lah, keropok ikan lah, Satar lah tapi suka original dari Terengganu. Sedap katanya.

Dari merajuk dan masam muka, pergi jugaklah semata-mata nak makan sebulan sekali dekat Terengganu tu.

Lepas cuba Keropok Lekor dari Rara Lekor kat Bandar Baru Bangi ni, wife brader tu dah jadi pelanggan setia kami disini. Tak perlu dah ke Terengganu. Jimat duit minyak dan tol.

Mana taknya, rasa 100% asli bahan dari Terengganu cuma dibuat dan diuli homemade sahaja di Bangi. Keropok lekor cukup lembut dan cukup rasa mewah dengan isi ikannya.

Dicecah pulak dengan sos yang manis pedas pedas buatan sendiri. Memang tak cukuplah kalau beli sebungkus.

Yang tinggal di Lembah Klang ni dan nak ke Terengganu semata-mata nak makan keropok lekor asli, lebih baik singgah je di Rara lekor.

Ini antara yang ada di Rara Lekor dan harganya:

1. Keropok lekor goreng dan rebus vakum RM8 sebungkus
2. Keropok lekor goreng cheese RM12 sebungkus
3. Keropok keping ikan tamban RM15 sebungkus
4. Sos keropok lekor RM5 sebotol
5. Popia satar RM8 sebekas
6. Ketupat palas RM6 sebekas
7. Kuih ropa RM7 sebekas

Kami beroperasi di Lot 1469, Jalan Tok Pawang, Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, 43650 selangor. Boleh waze korang untuk mudah datang.

Atau

Whatsapp/call untuk nak tanya, beli atau booking: www.wasap.my/60163149769

Kami beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi sampai 7 malam sahaja.

Boleh tengok dan follow sosial media kami:
Instagram : @raralekor
Facebook Page: rara lekor

Mengapa susah-susah nak ke Terengganu semata-mata untuk menikmati keropok lekor asli? Rara Lekor di Bangi kan ada.

Oh ya, Ejen Rara Lekor juga diperlukan dan ianya terhad ya. Mudah untuk jual sebab sekali rasa pasti beli lagi.

Macam tulah story selling Rara Lekor yang buatkan bisnesnya maju. Sambil promo lekor mereka juga promo recruit ejen sekali. Memang viral habis bisnes ni.

Jika nak tahu story selling Rara Lekor tarik ejen pun ada. Koleksi story selling dah siap tinggal nak guna atau tidak je untuk viralkan bisnes anda.

Dapatkan contoh ayat story selling untuk promosi produk secara PERCUMA bagi membantu anda mengarang ayat jualan untuk menjual di media sosial.

Download Percuma: 4 Skrip Berkesan Hasilkan Ayat Iklan Yang Menjual

Hits: 593

Tips karang ayat-ayat menarik pelanggan bila buat jualan kuih raya

Memang diakui sangat sukar untuk mengarang ayat-ayat menarik pelanggan bila nak buat jualan terutamanya bagi yang baru nak mula kecuali bagi seller yang kreatif secara semulajadi.

Tapi tak pulak boleh dijadikan satu alasan tak tahu nak karang ayat jualan ni kerana jika anda menjual online ia dah jadi macam satu syarat yang utama melainkan status post fb anda akan lengang tanpa like, komen dan share. Produk kuih raya pulak tak terjual.

Bagi seller selebriti atau influencer sudah tidak menjadi masalah sebab sudah ada ramai follower yang usha tiap kali post baru keluar. Bagi seller yang bukan selebriti tapi ramai kawan dan follower yang aktif, mereka ni la yang akan tolong viralkan post-post baru.

Mahu tak mahu untuk viralkan post kuih raya anda mesti buat perkara berikut bagi mengelakkan post tu tenggelam:

  1. Gunakan profile atau page selebriti, influencer atau figura popular dikenali ramai follower, upah mereka untuk iklankan post kuih raya anda.
  2. Masuk fb group yang aktif dan banyak respon like, komen dan share samada fb group iklan atau fb group komuniti – kadang nak post kat situ ada yang free dan berbayar.
  3. Jika nak post ke profile atau page biasa tak lain tak bukan kena pasang iklan fb ads.
  4. Letak ayat copywriting viral yang proven samada di profile sendiri, page atau group tapi make sure guna ayat yang bukan biasa-biasa tapi tempek ayat story selling yang betul-betul menarik untuk dibaca sampai menjadikan pembaca seronok, terhibur dan kemudian mereka share pula dengan kawan-kawan kerana nak kongsikan cerita tu. Post yang dalam bentuk cerita menarik tu mungkin dalam bentuk kisah kehidupan yang mengujakan atau menyayat hati, mungkin juga cerita lawak yang buat orang pecah perut, atau kisah tergezut yang tak disangka tujuannya nak bangkitkan excitement pembaca. Cuma jangan lupa pula cerita tu mesti di kaitkan dengan produk atau servis yang nak di offer dan di akhir cerita mesti diletakkan no wasap anda (call to action) kalau tak jadi sekadar cerita kosong je dan takde faedah pada seller.

Kesimpulannya, jika anda mahu orang baca post kuih raya tu di sarankan supaya anda karang dulu satu plot yang menarik yang boleh mencuit hati pembaca bak iklan raya petronas. Lebih kurang gitu maksud menarik dan mencuit hati atau menyentuh perasaan buat pembaca teruja dan kongsikan dengan kawan-kawan. Ingat kembali kisah lama-lama zaman kecik-kecik dulu mesti ada tak kisah la samada kisah nostalgia atau kisah lawak kuih raya kemudian cuba karang dan kaitkan dengan kuih raya yang anda nak jual tu. Ok, dapat kan?

Dapatkan contoh ayat menarik pelanggan untuk promosi produk secara PERCUMA bagi membantu anda mengarang ayat jualan untuk menjual di media sosial.

Download Percuma: 4 Skrip Ini Berkesan Hasilkan Ayat Iklan Yang Menjual

Hits: 691