Nak promosi tak tahu nak tulis apa?

Sharing is caring

Blurrr….. Benda macam ni biasa terjadi. Tak tahu nak tulis apa. Dalam banyak-banyak kejadian yang berlaku di alam ni dan hatta berlaku hari-hari pada diri kita end of the day masih tak tahu nak tulis ayat promosi apa.

Sebab itu banyak orang mengaku mereka ada fb dan blog tapi berzaman tak update. Katanya fb dan blog dah berhabuk. Bayangkan bila kita tiup, fuhhh…berterbangan habuk-habuk. Kesian kat blog tu, beli domain hosting tapi jarang digunakan. Kalau kita tulis hari-hari penuhkan blog atau fb wall kita dengan penulisan bermaklumat pasti boleh beri add value pada kehidupan orang lain.

Penulisan mungkin tak penting bagi setengah orang tapi bagi orang yang memberi servis, perkhidmatan, berniaga, konsultan, pakar motivasi atau apa sahaja yang memberi nilai tambah baik pada orang lain pasti input yang kita nak beri melalui penulisan yang berbentuk promosi ibaratnya macam jantung yang menggerakkan keseluruhan aktiviti tersebut.

Malas tulis, tak tahu nak tulis ayat promosi apa, tak usaha nak tulis alamat bisnes tak gerak. Tulisan ini macam iklan secara tak langsung. Saya rasa cukup risau kalau tak update blog lama sangat. Kena sentiasa fikir apa nak tulis untuk update blog. Ada orang nak tulis blog kerana suka-suka dan akhirnya blog itu hargai penulisnya sendiri. Pelik kan? Ada blog dan fb post yang akhirnya di bukukan! Jadi, saya sentiasa fikir nak tulis tapi bukan sekadar tulis tapi beri nilai tambah kepada hidup orang lain juga.

Baca: 4 idea menulis ayat story promosi percuma

Hits: 9