Kenapa Hidup Rasa Tak Best Dan Tak Seronok?

Maaf ganggu. Di hujung minggu ni nak kongsi sikit tips motivasi santai buat pengetahuan semua yang membaca blog ini. Masa gini je kot ada lapang sikit nak membaca kan.
Time lain mesti busy.

Tips ini sebenarnya dari Prof Muhaya sewaktu beliau bersiaran di radio IKIM baru-baru ni.

Hidup berasa tersekat-sekat dan kurang lancar berpunca dari 5 password kehidupan dibawah yang diabaikan dalam amal seharian samada sewaktu berdiri, duduk dan walau baring sekalipun. Password ini dipanggil sebegitu kerana ia merupakan sebenarnya zikir dan ia ibarat kunci yang membuka pintu rezeki yang tertutup.

Bila tak amalkan 5 password inilah yang akan menyekat kehidupan (termasuk perniagaan) dan kebahagiaan sekeluarga sebabkan kita selalu berasa stress.

Apakah 5 password tu dan faedah disebaliknya?

1-Bismillah – amalkan sekerap mungkin sebagai memohon barokah dari Allah swt bagi setiap aktiviti seharian

2-Alhamdulillah – syukur setiap kali terima rezeki walaupun secumit agar tetap kekal menerima dan agar Allah swt tambah lagi rezeki

3-Hasbunallah wanikmalwakil la hawlawala quwata illah billahil aliyyil azim – ucapkan banyak kali sekiranya terasa sesak dada menghadapi urusan seharian yang tak berapa nak lancar agar Allah swt turunkan bantuan penyelesaian dan mudahkan urusan tersebut dengan segera

4-Selawat – ucapkan berkali-kali untuk harapkan kebaikan dalam semua urusan dan agar Allah swt jauhkan dari segala kesulitan

5-Astaghfirullah – beristighfar dengan kerap jika teringat dosa-dosa sendiri mohon agar Allah swt ampunkan kita sebab kerana dosa-dosa kita sendirilah sebabkan rezeki kita tersekat jadi jangan sekali lup jika nak Allah swt tambah rezeki non stop

Dah dapat kan?

Hits: 39

Kenapa anda tak bahagia kerana puncanya tidak faham Pencipta

Anda tak bahagia kerana anggap harta yang utama untuk bahagia. Harta tak salah tapi anda yang salah faham. Ada harta tapi bahagia lagi bagus.

Anda tak bahagia kerana fikir hiburan boleh buat jadi seronok dan lupa masalah. Hiburan boleh tapi anda yang salah faham kerana anggap hiburan yang utama.

Cukup dua tu.

Nak sebut nikmat Allah swt banyak sangat tak terkira cuma manusia yang tak reti bersyukur.

Harta boleh habis. Hiburan pun hanya sementara dan tak melekat di hati.

Bahagia hanya datang apabila kita memahami erti kehidupan.

Apa tujuan kita di hidupkan atas dunia ini.

Untuk ketahui tujuan hidup sudah pasti akan sampai ke persoalan siapa Tuhan kita.

Tahu saje pun tak mencukupi kerana akan ada lagi persoalan kenapa, mengapa dan bagaimana.

Oleh itu untuk kita menerima semua ini adalah dengan memahami Pencipta kita.

Kenapa Dia mencipta kita, jika dapat cari jawapan ini soalan bahagia itu nanti akan muncul jawapannya den semakin menghampiri.

Setiap manusia perjalanannya berbeza dan cara menemukan jawapan bahagia juga berbeza tapi akhirnya menemukan jawapan yang sama.

Orang buta hadapi perjalanan hidup yang tersendiri.

Orang miskin dia punya cabaran pun lain.

Orang kaya pun bukan senang sebab ada halangan lain yang dia perlu hadapi.

Apa yang sama ada pada semua orang ialah seketul daging yang ada didalam badan yang samada memikirkan tentang Pencipta atau asyik kejarkan dunia.

Seketul daging itulah yang akan tentukan samada hidup kita bahagia atau tidak.

Jadi, mulakanlah perjalanan kita mulai hari ini dengan cuba bermuhasabah.

Hits: 14

Kenapa rasa tak bahagia adalah kerana anda tak pandai bersyukur

Rasa bahagia datangnya dari hati. Bahagia datangnya bukan sebab duit atau rezeki yang banyak masuk bertali arus. Bukan tak boleh bahagia kerana kaya atau rezeki tetapi ada syaratnya. Anda mesti rasa syukur di hati dan akui itu anugerah Allah swt.

Apa jua pun sebab nak rasa bahagia – sebab anak-anak comel, isteri yang setia, kereta yang mewah, banglo yang besar luas selesa mesti di dahului dengan pengakuan atau memperakui dengan syukur bahawa itu adalah rezeki utusan Allah swt.

Itu je tapi masih ramai yang tak nampak.

Apabila harta mendahului syukur, hati tak semena secara automatik akan gelisah. Perasaan tak tenang. Datang rasa gundah. Di luar nampak hebat tapi hati berkecamuk dan tidak menentu.

Jika anda begini, ubatnya adalah bersyukur.

Banyak cara untuk tunjukkan rasa syukur.

Pertama-tama mestinya detikkan dalam hati rasa syukur kepada Allah swt. Lebih mantop boleh buat sujud syukur on the spot. Kemudian tambah lagi dengan solat sunat 2 rakaat. Buat sedekah yang di dorongkan dari rasa syukur tadi. Seterusnya istiqomah dengan ibadah dengan tanpa putus nyatakan rasa syukur pada Allah swt.

Setiap detik melihat sekeliling, rasalah syukur dalam hati alangkah beruntungnya kita ini masih berada di tempat kita berbanding orang lain ada yang lebih susah dari kita.

Syukurlah secara berterusan dalam setiap saat hidup kita.

Barulah hati akan berasa tenang dan bahagia.

In shaa Allah.

Amin.

Hits: 11