Untunglah Ada Hobi Untuk Ubat Hati Bosan

Featured

Tak semua orang ada hobi.

Tapi untungnya orang yang ada hobi.

Untuk ubat hati yang terasa bosan.

Hobi boleh mengubat hati.

Hobi boleh hapuskan kebosanan.

Setengah orang kata hobi menjadi terapi.

Jadi sekiranya orang yang suka akan hobinya bermaksud dia sangat perlu untuk buat hobi tu bagi mengeluarkan energy yang disalurkan ke satu channel yang lain.

Jika dia tak buat begitu atau dia dihalang dari melaksanakan hobinya kemungkinan besar dia akan salurkan energy yang terpendam itu ke tempat yang tidak sepatutnya.

Jadi inilah yang aku cuba nak sampaikan.

Ada orang suka bercucuk tanam kerana berbudi pada tanah akan mengeluarkan hasil kembali kepada kita.

Ada orang hobi suka buat koleksi kerana menghargai nilai sesuatu barang tu.

Ada orang hobi suka online, game dan seumpamanya.

Walaubagaimanapun hobi korang tu yang penting kita kena ingat semua perkara ada batasnya.

Kecuali jika hobi yang dibuat tu boleh mendatangkan hasil kadangkala hobi itulah yang akhirnya menjadi pekerjaan tetap.

Sememangnya kita khuatir yang bagi hobi yang tak ada hasil ni bila kita buat akan sebabkan kerugian dari segi kewangan dan masa.

Bagi hobi yang memang nak berseronok semata-mata kita kena fikirkan jadual bila nak buat hobi tu supaya kita tetapkan masa tertentu sahaja supaya masa yang terluang tidak mengganggu urusan kehidupan kita yang lebih nyata dan utama berbanding nak berseronok sahaja.

Dan juga bila kita dah berpasangan jangan nafi kalau pasangan nak ada hobi dan buat hobi seperti biasa di khuatiri sebenarnya bila kita halang akan sebabkan mental block dan ini akan genggu emosi pasangan.

Bagi yang selalu berasa bosan tapi taktau nak buat hobi apa kenalah kaji dulu personaliti sendiri. Apa yang aku minat? Indoor ke outdoor? Ada cukup masa terluang atau punya masa yang singkat untuk berhobi? Nak yang fizikal (lasak) atau virtual reality? Hobi murah ke hobi mahal sekadar nak lepaskan perasaan? Ini semua kena ambilkira.

Macam aku pulak blog inilah hobi jadi tempat belasahan atau luahan. Aku tulis apa saja yang aku rasa. Tapi…. ada hadnya. Jangan tulis hal sensitif dan maki hamun. Macam yang aku dah bagitau kat atas. Hobi tetap hobi tapi ada batasnya.

Tulis blog banyak-banyak artikel ni ada hasil ke? Buang karan atau perabih beras je? Alhamdulillah ada la sedikit untung bagi menampung kos maintain blog ni. Selebihnya in shaa Allah kalau ada Allah swt nak beri saya terima aje.

Selalunya macam tulah bagi nak elak orang kata kita ni buang masa buat hobi ntah apa-apa cuba cari sesuatu yang boleh jadikan hobi kita tu mendatangkan hasil barulah berbaloi.

Kalau suka bertani tanam cili, kunyit, serai belakang rumah boleh la guna buat masak-masak kat rumah. Macam tu.

Kalau suka main game pula sertai la pertandingan-pertandingan bagi mendatangkan wang atau cuba belajar develop game pula mana tau boleh jual pula.

Kalau suka memasak, cuba bagi kawan-kawan, jiran-jiran rasa dulu. Jika sedap boleh la oder.

Jadikan hobi tempat kita salurkan energy yang terpendam tu bagi menjamin kesihatan mental, jiwa dan hati kita.

Hits: 12