Punca Sakit Lutut Apa Sebabnya dan Kenapa Serta Apa Simptom Dan Tanda-tanda Awalnya?

Sakit lutut juga dikenali sebagai radang sendi lutut dan tulang disekelilingnya.

Ramai tak sedar, sakit lutut ni adalah perkara biasa. Sebenarnya tidak! Ini adalah tanda-tanda awal gel lutut berkurangan. Rasa ngilu dan sakit yg kita rasa tu berpunca daripada geseran yang berlaku di sendi lutut. Mengurut dengan minyak angin bukanlah sesuatu hal yang baik kerana bahan yg ada dalam minyak angin boleh mengeringkan lagi gel yang ada.

Antara simptom yang biasa dengar berkaitan tanda-tanda sakit sendi yang teruk :

(+) Tak boleh berdiri lama, kalau berdiri lama rasa sengal-sengal di lutut dan buku lali

(+) Tak boleh lipat lutut. Tambah-tambah waktu nak solat. Hanya yang pernah rasa akan tahu.

(+) Cepat lenguh bila duduk. Nak tahu cuba tengok waktu naik kereta pergi jalan jauh tu cepat lenguh tak bila kaki berlipat dalam kereta.

(+) Sakit belakang bila angkat barang. Yang paling teruk berdiri lama pun dah rasa sakit belakang tu.

(+) Angkat tangan tak boleh habis sebab angkat separuh pun dah terasa sengal-sengal.

(+) Bahagian sendi jadi kemerah-merahan.

Kebiasaanya nak cepat baik, hanya telan ubat tahan sakit sahaja. Itu pun boleh bertahan sekejap sahaja. Lepas 4 ke 5 jam mesti rasa balik sendi sakit berdenyut balik.

Kebanyakan kita dah tahu berkenaan sakit lutut tetapi masih ramai yang tidak tahu kenapa terjadinya sakit lutut dan selalunya menyerang masyarakat kita?

Apa sebenarnya punca sakit lutut?.

Ada banyak punca, sebab, faktor dan kenapa sakit lutut yang biasa terjadi. Antaranya adalah seperti berikut:

(+) Kepala Lutut – Ia beralih tempat dan tidak berada di kedudukannya.

(+) Tendinitis – Radang pada tendon, rasa sakit dan ngilu pada sendi lutut. Ianya terjadi bila terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal.

(+) Osteoarthritis – Ditakrifkan sebagai rosak pada rawan sendi lutut dah semakin nipis.

(+) Medial Plica Syndrome – Ia berlipat pada lapisan tisu sendi lutut dan ia akan mula membengkok dan rasa sakit bila bergerak.

(+) Osgood/Schlatter Syndrome – Ia adalah benjolan di bahagian bawah lutut. Ia terasa sakit mengikut keadaan semasa. Ia akan sakit jika ada pergerakan. Ia sentiasa terkena pada pemain bola sepak, bola keranjang, bola jaring, lompat jauh, lompat tinggi dan sebagainya.

(+) Iliotibial Band Syndrome – Ia sejenis tisu yang terdapat dari pinggul ke betis. Pergerakan yang berlebihan boleh terjadinya bengkak dan ia kelihatan merah pada kulit luar lutut.

(+) Serpihan Tulang (Bone Chips) – Ia biasa berlaku akibat kemalangan. Ketika berlaku kemalangan, struktur lutut bergegar, maka berlakukan pecahan dan serpihan dan serpihan itu terperangkap di antara ruang sendi. Kesan kesakitan akan lebih teruk dan mula membengkak.

(+) Bursitis – Berlaku kebengkakkan pada selaput yang mengandungi bendalir pelincir.

(+) Kecederaan semasa bersukan

(+) Terlibat dengan kemalangan

(+) Selalu mengangkat barang berat

(+) Berat badan yang sangat berlebihan

(+) Umur yang semakin meningkat

(+) Gel sendi habis

(+) Kaki tak boleh lipat

(+) Lutut berbunyi krukā€¦kruk..kruk

(+) Tak selesa ketika solat sebab sakit sendi

(+) Nak bangun perlu ambik masa, perlu regang regangkan sendi dulu

(+) Susah nak lena sebab sakit sendi

(+) Jalan terhenjut-henjut.

(+) Selalu rasa kebas kaki dan tangan.

(+) Susah angkat tangan sebab bahu rasa sengal-sengal.

(+) Sengal-sengal di bahagian sendi.

Bahaya sakit lutut adalah kos rawatan yang tinggi bila dah makin teruk menyebabkan sukar nak berjalan dan bergerak, ramai yang dah berkerusi roda. Sukar untuk dipulihkan sebab dah makin teruk.

Hits: 21