Bila masa nak tukar radiator fan belt? Penting ker?

Selalunya selagi belt ni tak putus memang takde yang nak tukar sebab tak pernah cek pun kan.

Kita hanya tahu radiator fan belt ni problem bila hantar servis kereta.

Itupun jika pomen cek sebab nampak sangat fan belt tu dah merekah.

Kita pun jawab, eh ok lagi mah. Biar dulu.

Sebenarnya fan belt ni bila dah merekah dia dah tak tip top.

Tandanya ialah bunyi injin depan kereta ada macam burung kicap kicau…cit, cit, cit atau macam bunyi cengkerik…krik, krik, krik.

Memang dia belum putus tapi dah tak sihat la tu dan elok ditukar je.

Efeknya, bunyi bising yang selalu dengar sebelum ni tiba-tiba hilang.

Stress pun hilang.

Itulah kelebihannya.

Harga dalam RM80 nak baik punya boleh tahan lebih lama injin pun tak bising.

Hits: 20