Sakit Kepala Migrain? Cuba Amalkan Ini …

Sakit kepala dan migrain mungkin ada sedikit perbezaan tapi punca kepada sakit seperti ini biasanya adalah kerana bahagian tubuh badan kita yang berada dalam keadaan stress dan tidak berfungsi dengan baik.

Bila kepala berdenyut kita boleh bayangkan macam jalan yang tengah jem asalnya lima lorong tiba-tiba sampai simpang depan dah jadi dua lorong je. Beratur segala macam kereta, lori, bas dan lain-lain tunggu turn nak masuk jalan yang semakin sempit tu. Macam tu la lebih kurang.

Kenapa dulu lapang kepala tiba-tiba hari ni rasa berdenyut-denyut dan sakit pula tu. Itu tandanya stress. Punca mungkin dari emosi dan juga faktor fizikal juga. Jika faktor emosi mudah je macam doktor selalu nasihat banyakkan berehat, seeloknya tidur je lah. Moga-moga lepas tidur bangun kepala dah lapang. Alhamdulillah.

Tapi kalau dah tidur puas masih rasa berdenyut kepala tu kita kena standby plan B pula. Itu mungkin disebabkan oleh faktor fizikal pula. Antaanya mungkin salur darah dah ada sumbat sikit dengan lemak atau kolesterol.

Ada beberapa cara yang aku dah amalkan sendiri jika tiba-tiba perkara macam ni melanda. Selalunya aku akan cepat-cepat mencari 2 jenis bahan tapi aku cadang satu lagi bahan untuk korang cuba:

Bawang putih

Ni feveret aku sebab murah dan sangat natural. Bawang putih kat kedai runcit. Bukan ekstrak bawang putih tapi makan bawang putih mentah. Nak kata mentah tak juga sebab aku akan samada bakar atau microwave bawang ni sebelum makan. Aku amalkan makan bawang putih bakar 3 hari berturut-turut. Jangan makan seulas je tapi makan sekali keseluruhan gugusan bawang untuk sekali makan. Jika makan 3 hari makanlah 3 gugusan bawang putih. Bawang putih ni power sebenarnya dia ada bahan aktif yang menyingkirkan dan menghapuskan lemak dalam salur darah. Jika korang berdenyut kepala tu dah kira macam amaran tu banyak sangat lemak dalam darah dan oleh itu perlu di buat sesuatu segera itu juga. Jangan tunggu. Makan bawang putih bakar 3 hari berturut-turut. Aku pulak nak cepat nak tunggu 3 hari jadi aku bakar 3 bawang sekaligus dan makan terus pada hari yang sama. Setakat ni alhamdulillah menjadi.

Minyak habbatus sauda

Nak beli minyak ni ada harga sikit mahal banding dengan bawang putih jadi nak kena buat invesment sikit tapi berbaloi untuk yang betul-betul jaga kesihatan dan peka dengan keperluan badan di waktu mendesak. Cumanya ada banyak jenis yang dijual samada dalam gel atau kapsul. Amalkan habbatus sauda ini setiap hari jika nak mencegah dari penyakit dengan izin Allah swt. Nak beli perlu pilih yang jenama dan lebih elok diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia (contoh min sham) kerana di kedai arab khususnya ada pelbagai jenis pengeluar yang tidak dikenali dan dikhuatiri boleh mendatangkan mudarat.

Minyak zaitun

Minyak zaitun juga merupakan minyak yang perlu diekstrak untuk mendapatkan pati minyaknya. Berbanding bawang putih yang digunakan untuk memasak ia boleh dimakan tanpa diproses terlebih dulu. Khasiatnya minyak zaitun sangat banyak dan mudah untuk diamalkan apabila beli yang dah proses minyak dalam kapsul.

Hits: 25