Tak tahu nak mula berniaga secara kecil-kecilan dari rumah?

Apabila kita nak mula berniaga apa yang perlu dibuat ialah test test test.

Tapi ada yang kata kursus dulu. Kursus berniaga.

Boleh juga. Kita boleh pergi berapa pun kursus yang kita suka.

Tapi akan sampai satu point kita kena mula berniaga – take action.

Masa tu ramai yang akan stuck. Tak tahu nak buat apa.

Berapa banyak kursus pun yang kita pergi tapi bila nak betul-betul mula berniaga, kita akan stuck!

Sebab kita akan sampai satu turning point dari belajar teori lepas tu nak apply secara praktikal.

Inilah kelemahan kita. Cuba fikir dalam-dalam.

Bila nak shift dari teori ke praktikal ini kita lemah.

BACA:  Cara promosi produk dengan gambar

Lagi satu, bila dah masuk mode praktikal ini, ramai yang cepat give up.

Baru sekali test, tak ada result terus give up.

Sebenarnya berniaga ini test, test dan test.

Dalam bahasa bisnes ini kita panggil validate. Validate apa?

Anda terfikir tentang satu barang yang anda fikir boleh dijual.

Kita pun dalam hati kata, kalau aku jual ni mesti laku.

Itu hati kita berkata, in reality betul ke barang tu laku?

Ada yang kata, lebih baik aku cari stok. Borong banyak-banyak dapat harga murah. Margin tinggi, jual banyak, untung masyuk banyak.

Tunggu dulu! Itu fikiran kita sahaja. Kita kena sahkan dulu samada fikiran kita tu betul atau kurang tepat?

BACA:  Bagaimana nak update status fb apabila nak promosi produk di facebook?

Macammana nak buat? Test dulu (validate).

Kat mana nak test?

Terpulang media apa yang kita ada – Facebook? Fanpage? Facebook Groups? Blog? Instagram? Tweeter? etc

Oklah yang paling mudah ialah Facebook. Iaitu wall kita sendiri.

Bila kita nak MULA menjual sebaiknya jangan guna ayat menjual.

Pulak! Tadi kata suruh test tapi kata suruh jangan menjual.

Ini juga antara peringkat dimana ramai yang stuck! Menjual, menjual, menjual – tapi tak ada respon. Lepas tu give up.

Teknik menjual anda tidak kena pada tempatnya.

Dia ada teknik menjual yang betul di Facebook ni. Teknik menjual yang tidak menjual.

BACA:  Promot juadah buka puasa dengan fb group komuniti dan fb group iklan

Haa..macammana tu?

Jangan banding anda dengan orang yang dah lama meniaga. Mereka sudah ada follower sebab itu marketing mudah bagi mereka dan prospek sudah letak kepercayaan yang kuat kepada penjual.

Bagi kita yang baru ini kita perlu mula secara berdikit, bina kredibiliti agar dipercayai oleh bakal pembeli.

Jangan terus menjual. Apabila terfikir nak promosi, fikir pasal sharing atau bercerita.

Ini adalah teknik menjual secara tidak langsung atau secara indirect.

Leave a Comment

CommentLuv badge

%d bloggers like this: