Adsense merupakan salah satu pendapatan pasif yang boleh kita dapat apabila memasang iklan pada blog.
Apa itu pandapatan pasif?
Ia tak memerlukan orang membeli untuk kita dapat perolehi komisen. Cukup dengan impression dan sekiranya orang ada klik pada iklan yang dipasang maka kita akan dapat hasilnya.
Mungkin tak banyak tapi akan jadi signifikan bila jumlah trafik yang masuk agak tinggi.
Untuk mendapatkan hasil yang tinggi kita perlu optima kan saiz iklan dan kedudukan iklan perlu ada ditempat yang sesuai tambahan pulak iklan yang dipapar kena dengan jenis pengunjung yang kita tarik.
Jadi kadangkala dengan trafik yang sederhana pun kita boleh dapatkan pendapatan harian di atas satu dolar apabila iklan yang dipaparkan sesuai kedudukannya dan topiknya kena dengan citarasa pembaca yang mengunjungi blog kita.
Apalagi jika trafik blog kita tu tinggi, keadaan iklan yang optima boleh menaikkan lagi pendapatan adsense blog tersebut.
Ianya ibarat memasang lukah di lubuk atau campakkan saja lukah ke dalam tasik yang tak diketahui samada ada ikan atau tak.
Tentunya nak dapat ikan yang banyak, kena buat penyelidikan dulu dimana banyaknya ikan dan kemudian baru pasang lukah.
Bagi yang tidak kisah untuk dapatkan ikan yang banyak, adsense hanya diletak begitu saja tanpa memilih rekabentuk iklan dan kedudukan yang kurang sesuai jadi hasilnya juga tidak menjanjikan sesuatu yang konsisten.
Ada yang kata blog berbahasa melayu kurang sesuai berbanding blog bahasa english untuk adsense namun bagi ramai dari kita yang lebih selesa menulis bahasa melayu rasanya ok jer nak letak adsense ni.
Bayangkan dengan trafik blog 600 sehari dengan izin Allah swt boleh perolehi satu USD sehari jadi dalam sebulan boleh la cecah lebih kurang USD30 bila sampai 3 bulan dah boleh claim minimum pay out USD100.
Untung kan? Mungkin setengah orang kata sikitnya. Siapa nak bagi USD100 setiap 3 bulan?
NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?
Hits: 9