Teknik bisnes Instagram cara promote kuih raya

Kenapa kuih raya nak kena jual kat instagram?

Bisnes kuih raya sangat bergantung kepada beberapa faktor.

Kemahiran pembuat kuih raya itu sendiri kerana kepakarannya membuat sesuatu kuih raya itulah yang melekat di hati pelanggan dan menjadikan kuih itu special.

Pelanggan tetap yang membuat order saban tahun sudah tentu sangat dihargai dan pasti ianya akan sangat membantu tanpa membuat promosi yang banyak.

Penjenamaan kuih raya juga penting kerana semakin ramai yang membuat kuih yang sama jadi masing-masing perlu menghasilkan kelainan yang tersendiri.

Mungkin ada 1000 orang yang menjual bahulu tetapi semua bahulu bahulu ini ada rasa yang berlainan dan setiap pelanggan pasti ada rasa feveret dia yang dia akan beli.

Bukan beli semua kan.

Pemasaran – betapa hebat rasa dan rupa kuih anda, tak akan siapa pun tahu jika pemasaran anda tidak dibuat dengan betul.

Jadi, teknik pemasaran instagram yang betul lah akan membantu anda untuk menjual dengan banyak dalam masa yang singkat.

Hits: 45

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge