bisnes internet

Teknik pantas jual produk di Facebook dengan cara validate

Sharing is caring

Walaupun ada orang yang minat sangat nak bisnes di fb tak semua orang berani buat posting menjual.

Malu dan segan katanya takut dilihat oleh kawan-kawan dan saudara mara kepoh satu kampung juga nanti.

Apalagi kalau dengan cara hardselling kat wall fb lagi tak mahu.

Jadi jika kita minat sangat nak bisnes fb ni sepatutnya buang perasaan itu jauh-jauh.

Perlu tanya diri sendiri dulu – kenapa aku nak bisnes ni.

Mungkin kita kata nak duit tambahan. Betul juga tapi itu tak cukup kuat.

Nak justify kenapa kita nak menjual ni penting agar hati kita kuat dan yakin bila nak buat promosi dengan cara ini baru tindakan kita akan jadi lebih solid.

Sebenarnya kita kena ada BIG WHY kenapa kita nak buat sesuatu.

BIG WHY yang paling mantap ialah KERANA ALLAH swt.

Tujuan kita nak bisnes kerana nak supply bahan keperluan yang diperlukan pelanggan.

Mudah kata, sebaik-baik mukmin ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

Bisnes supply membekalkan barang keperluan kepada orang yang memerlukan.

Itu sudah dikira pahala.

Jadi betulkan niat kita nak bisnes kerana Allah swt.

Bila dah yakin dan tenang kita akan dapat lebih banyak idea nak buat promosi.

Promosi dengan cara posting status fb memerlukan kita membuat satu post yang kreatif setiap kali dan sepanjang masa.

Baca:  Contoh Ayat Review Instagram Untuk Yang Berniaga Online

Orang suka membeli tapi tak suka disuruh untuk membeli. Jadi jangan paksa beli.

Bila dah tahu macam ni situasinya kita kena cari jalan untuk buat promosi secara halus.

Gunakan kaedah bercerita. Ajak pengunjung fb untuk membaca status awal.

Jadi intipati utama untuk mula menjual di fb ialah tarik perhatian pelanggan. Ini step pertama yang paling penting.

Asah bakat untuk buat posting dengan cuba pelbagai format bagi menentukan jenis posting manakah yang paling kuat menarik orang untuk like dan komen.

Bila buat posting untuk promosi produk, kita mesti nak tau samada bakal pembeli minat tak dengan produk kita.

Step ini penting dan tak perlu ada produk sendiri dulu. Tujuannya ialah nak bagitau anda yang baru nak mula bisnes, agar buat survey dahulu. Jangan kantoi beli stok banyak tapi tak terjual nanti.

Keputusan survey inilah yang akan memberi jawapan samada produk yang anda nak jual tu diperlukan oleh ramai orang atau ianya cuma anda fikir boleh meletup tapi hakikatnya tidak begitu.

Buat survey berkenaan produk sebagai langkah promosi dipanggil sebagai teknik validate.

Kita fikir produk tu hot, bila tanya kat fb tak ramai yang respon, maka tidak sesuai.

Baca:  Anda pendiam terasa sukar nak buat promosi?

Setiap orang yang nak bisnes kat wall fb sebenarnya perlu buat teknik validate ini secara unik.

Bayangkan setiap orang punya friends berbeza, maka jelaslah hatta anda nak jual produk yang sama dengan komposisi friends yang berbeza tentulah akan hasilkan feedback yang lain pula.

Kawan X anda jual produk A nampaknya berjaya. Hanya guna wall fb.

Kawan Y anda jual produk A juga. Tapi kurang hasilnya.

Dua orang berbeza jual produk yang sama menghasilkan jumlah jualan yang beza.

Ini adalah kerana X dan Y ni mempunyai friends yang berbeza.

Jadi adalah penting sebelum anda memulakan bisnes, pilih produk dan validate/tanya feedback kawan-kawan fb anda.

Mana produk yang mendapat banyak like dan komen maka pilihlah ia untuk dijual.

Bila dah confirm banyak order, cari supply yang reliable dan bolehlah terus menjual.

Jika takde respon, tukar produk lain sehingga anda jumpa produk yang sesuai dengan friends yang ada dalam akaun fb anda.

Dah ada produk dalam kepala nak jual dan tak tau camner nak menjual/validate?

Ok boleh mulakan validate.

Klik sini—> Klik sini validate barang anda sekarang!

 

NAK TAHU AYAT COPYWRITING APA NAK GUNA UNTUK JUAL PRODUK DI FACEBOOK?

>> LIHAT CONTOH FORMAT COPYWRITING <<

 

 

Hits: 10

Azam Mohd merupakan penulis yang suka berkongsi pelbagai tips untuk memberi inspirasi kepada pembaca supaya teruja dan mula bertindak ke arah mencapai apa jua impian dan dapatkan hasilnya. Jika dirasakan ada post yang menarik sila share kongsikan bersama yang tersayang dan kawan-kawan. Jangan lupa subscribe newsletter untuk dapatkan update terkini dari blog ini. Terima kasih.

Leave a Comment

CommentLuv badge

4 Comments on “Teknik pantas jual produk di Facebook dengan cara validate”

  • Saya mengambil masa 2 tahun untuk menghadamkan penggunaan facebook untuk perniagaan.Kini masih belajor tapi alhamdullilah boleh dapat hasil yang berbaloi

  • norlela; syabas! Dimana ada kesabaran disitu ada kejayaan.

  • Cam mane nk lariskan produk dlm fb

  • Na Chik; fb ialah tempat bersosial jadi jika nak lariskan produk anda bina dulu kepercayaan pelanggan tarhadap diri anda. in shaa Allah.